networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, March 7, 2013

Krisis #LahadDatu - 52 Orang Penceroboh Bersenjata Mati...


Pasukan keselamatan Malaysia dipercayai telah menembak mati seramai 52 orang penceroboh bersenjata Sulu termasuk seorang berpangkat jeneral sehingga hari ini.

Dalam sidang media bersama sebentar tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu kesemua mereka gugur dalam dua pertempuran dengan anggota keselamatan di Kampung Tanduo, di sini dan Tanjung Batu, Tawau pada semalam dan hari ini.

"Petang semalam berlaku pertempuran antara pihak keselamatan dan pihak penceroboh. 11.30 pagi tadi juga berlaku pertempuran dan sehingga kini saya mendapat laporan daripada komander mengesahkan bahawa 31 musuh telah ditembak dan kita percayai mereka telah gugur, termasuk satu di Tandou.

"Operasi masih berjalan kerana kita percaya ada saki baki pihak penceroboh...dan kerjasama antara kedua-dua keselamatan amat baik sekali," kata Ismail.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal dalam sidang media sama berkata anggota keselamatan telah mengepung penceroboh di kawasan-kawasan sasaran dan dipercayai mereka telah bersembunyi. Selanjutnya

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA