networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, March 7, 2013

Krisis #LahadDatu - Ancaman 15,000 Peneroka FELDA Sahabat Bukti Jelas Mazlan Aliman Bukan 'HERO' Sebenar...



Sebelum ini saya ada menulis bahawa Masyarakat FELDA Sahabat 17 langsung tidak mendapat pembelaan daripada Mazlan Aliman apabila kira-kira 15,000 peneroka terpaksa berhadapan dengan pihak penceroboh Lahad Datu yang lengkap bersenjata...
Bermula 9 Februari sehingga 28 Februari, masyarakat FELDA Sahabat 17 hidup dalam ketakutan. Mereka terpaksa bersiap sedia menerima sebarang kemungkinan apabila kira-kira 180 orang penceroboh bersenjata menjadikan FELDA mereka sebagai markas untuk berkumpul..Kerajaan Malaysia ketika itu cuba berunding dengan Sultan Jamalul Kiram III untuk mengusir penceroboh dan menamatkan konflik... 
Namun, tidak berhasil...Pada 28 Februari, mereka masih berdegil..Agbimuddin Kiram dengan bongkaknya menegaskan bahawa hanya abangnya sahaja mampu mengarahkan 180 penceroboh itu meninggalkan FELDA Sahabat... BACA SELANJUTNYA
Puak-puak in yang lantang berkata disetiap ceramah mereka bahawa merekalah yang menjadi hero sejagat mempertahankan tanah FELDA daripada diragut (kononnya)..bak kata Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat :
“Anak peneroka harus menjadi agen perubahan dan penyelamat Felda dan harta orang Melayu. Mereka kena balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan di Felda yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga mereka,”
Perjuangan mereka untuk menyelamatkan FELDA itu hanyalah semata-mata menjalankan peranan untuk meraih undi sahaja...mereka menggunakan Persatuan ANAK sebuah NGO kononnya mempertahankan hak rakyat FELDA.tapi jauh disudut matlamat ini..mereka adalah agen yang disuntik untuk membawa suara PAS  (Pembangkang) ke dalam FELDA...

Mazlan Aliman orang PAS
Jika hendak membawa PAS sudah tentu masyarakat peneroka FELDA tidak menerima...makanya mereka perlu menggunakan agen ANAK kononnya FELDA terancam dibawah pentadbiran Barisan Nasional...

Rakyat FELDA sememangnya tahu yang semua hasil yang mereka dapat sehingga ini adalah hasil usaha Barisan Nasional yang diberkati oleh Allah S.W.T..

Maka melihat akan keadaan ini, pembangkang merasakan mereka perlukan satu metod untuk memecah belahkan persepsi para peneroka...hendak dihantar PAS tidak boleh...maka mereka hantar ANAK..dengan membawa berbagai agenda yang mana menurut mereka semua usaha yang dijalankan Barisan Nasional adalah untuk membangkrapkan para peneroka...

Sehingga hari ini FELDA kekal ada...suara bankrap sedikit demi sedikit kian sayu...sudah tiada idea..maka mereka mempertikaikan usaha penyenaraian FGV ke dalam Bursa saham...Mereka mendakwa bahawa usaha ini juga mahu membangkrapkan FELDA...mereka mendakwa para peneroka ditipu...tanah akan digadai..tapi sehingga hari ini pun apa yang mereka kata tak ada 1 pun tepat...

Buat pengetahuan pembaca, Pencapaian FGV sekarang ini telah menjangkau ramalan penganalisa saham :
Pencapaian FGV menjangkaui ramalan ramai penganalisa saham dan pengurus dana di mana EBITDA (Earnings Before Interest and Deductible Allowances) yang merupakan satu ukuran perkembangan syarikat adalah lebih tinggi pada RM1.44 billion berbanding RM1.35 billion. Malah, Keuntungan lepas cukai RM904 juta cukup bagus dalam keadaan harga minyak sawit turun dalm 2012.
Ini membuktikan bahwa Tabung Amanah Peneroka telah memberi banyak manfaat kepaa para peneroka. Para peneroka tidak putus-putus menerima duran runtuh...Dividen akhir mencatatkan 8.5sen sesahan iaitu berjumlah RM 62 juta...Pada Oktober lalu, Dividen berjumlah RM 40.13 Juta..makanya jumlah kesemua mencatatkan RM 102.15 juta iaitu lebih kurang RM 907 seorang...

HE : Lihatlah betapa banyaknya 'fadilat' yang telah diberikan oleh FELDA kepada rakyat...cumanya, mereka perlu fikir-fikir sejenak..apakah kedatangan ANAK dan PAS ini adalah merupakan hero sebenar mereka atau sekadar tin kosong yang hanya mengeluarkan bunyi...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA