networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, March 4, 2013

Krisis #LahadDatu : Anwar Dicabar Saman Media Antarabangsa!!!!


KUALA LUMPUR, 4 Mac - Datuk Ahmad Maslan hari ini mencabar Anwar Ibrahim untuk menyaman media antarabangsa Reuters dan Manila Times berikutan dakwaan media tersebut mendakwa Anwar Ibrahim terlibat menjadi dalang kepada serangan penceroboh di Lahad Datu ketika ini.

Laporan mengenai keterlibatan Anwar sebagai dalang krisis Lahad Datu telah dikeluarkan oleh Reuters dan Manila Times. Media tempatan hanya memetik laporan tersebut.

Menurutnya lagi, "media arus perdana TV3 dan Utusan hanya menyampaikan dakwaan ini dan kita mendesak supaya Anwar menyaman pihak yang mengeluarkan maklumat tersebut (Reuters dan Manila Times)"

Anwar dikata akan menyaman Utusan dan TV 3 berjumlah RM 200 juta atas dakwaan memfitnahnya.

Dalam perkembangan yang lain, "Saya bersimpati dengan kematian pejuang negara yang telah bersabung nyawa untuk mempertahankan negara ini." katanya dalam satu sidang media yang selepas mempengerusikan diskusi bersama Deligasi Malaysia-Palestine Youth Movement di PWTC tengahari tadi.

Baca Selanjutnya SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA