networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, March 21, 2013

Krisis #LahadDatu - Anwar Mengaku Keadaan Di #FELDA Sahabat Perkara Biasa!!Gila ke!!!

Anwar Ibrahim

Anwar Hossein,Penjual Kapet?
Tatkala Kawasan FELDA Sahabat sedang mengalami krisis pencerobohan...Penjual kapet dari Pakistan pula bermaharaja lela di FELDA ini untuk menjual barangan keperluan harian...mereka yang langsung tidak hairan dengan keadaan semasa di sini buat tak tahu jer..asalkan mereka dapat jual Kapet...

Salah seorang penjual kapet, Anwar Hossein berkata tak kisah pun keadaan di sini...baginya ni perkara biasa jika hendak dibandingkan dengan negara Pakistan...ini menunjukkan bahawa biarpun bagi kita keadaan di Lahad Datu sudah getir..tapi bagi masyarakat luar negara seperti Pakistan dan Palestin ianya hanya perkara kecil...

Khususnya Palestin, mereka merasa lebih teruk dari ini apabila negara mereka dibedil oleh tentera penceroboh dan sebagainya...

Kita yang hidup sebagai sebuah negara yang aman sudah pasti merasakan perit akan berita pencerobohan ini..apa tidaknya anggota keselamatan kita meninggal dunia...Masyarakat FELDA sahabat diancam bahaya...kalaulah tak ada anggota keselamatan..aku tak tahulah apa nak jadi dengan nasib masyarakat Lahad Datu..

Ikuti kisah asal dibawah...
Wartawan Mynewshub.my sempat menemui salah seorang daripada mereka. 
Berasal dari Pakistan, Anwar Hossein berkata, dia dan kawan-kawannya terpaksa meneruskan kehidupan walaupun situasi sekarang ini masih dalam keadaan tidak menentu. 
Katanya, dia dan kawan-kawan pada mulanya ‘hairan’ kenapa tiba-tiba penempatan Felda itu dipenuhi pasukan tentera dan polis sedangkan selama ini hanya lori kelapa sawit yang menghuni jalan-jalan di sekitarnya. 
” Ada orang bagitahu orang Sulu sudah serang sini, sudah masuk Kampung Tanduo…kami memang terkejut sebab kami pun pernah pergi sampai sana! 
” Tapi takpelah, kami tak takut sama Sulu, di kampung kami perang lagi teruk, di sini bom sikit-sikit saja, sana Pakistan hari-hari ada bom, no problemlah bos…,” katanya sambil tersengih. 
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kehadiran mereka diterima baik oleh masyarakat tempatan malah ada di antara rakan-rakannya yang berkahwin dengan penduduk di situ. 
Ditanya, apakah sebab utama mereka terus berada di sini di sebalik ‘musibah’ yang berlaku, Anwar berkata, dia dan kawan-kawannya bersyukur kerana negara ini masih menghormati pendatang seperti mereka hingga menyebabkan mereka sanggup memberi hutang kepada penduduk di sini. 
” Kalau ikut takut juga mahu bagi hutang, takut mereka tak bayar…tapi sebab orang Malaysia baik-baik, kami bagi mereka hutang, berapa kali nak bayar pun boleh, RM20 pun sebulan pun kami terima janji kami boleh hidup di sini…bukan macam Pakistan, hari ini gaduh, esok gaduh, hari-hari gaduh,” katanya. 
Ditanya mengenai orang Sulu, Anwar berkata, agak sukar untuk membezakan yang mana satu orang tempatan dan yang mana satu pendatang Filipina dari etnik berkenaan. 
Namun, katanya, itu tidak penting bagi mereka kerana yang lebih mustahak barangan mereka dapat dijual. 
” Muka mereka sama juga bos…saya pun tak tau yang mana Sulu ka, Bajau ka, Bugis ka…saya jual karpet juga 
” Bagi saya, siapa yang tak bayar hutang, itulah saya punya musuh, malas mau pening kepala!,” katanya sebelum beredar. -sumber
HE : Sama-sama kita ambil iktibar dari kisah penjual kapet ini dan berdoa agar pencerobohan ini cepat berakhir!!!amin

*Gambar Anwar Ibrahim itu sekadar hiasan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA