networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, March 28, 2013

Krisis #LahadDatu - Rakyat Turki Suarakan Sokongan Ke Atas Malaysia...


Rakaman ini aku diperolehi daripada sumber Facebook yang mana menunjukkan sokongan rakyat Turki terhadap krisis yang berlaku di Sabah ketika ini...

Bayangkan..betapa hebatnya semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Turki menentang sebarang bentuk pemberontakan...ini berbeza dengan Malaysia....Di Turki rakyat mereka mempercayai kredibiliti anggota Polis dan Tentera...

Tapi di Malaysia..ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab telah mempolitikkan krisis ini dengan seboleh-boleh menyalahkan UMNO dan BN....betapa tidak matangnya pihak yang berfikiran sebegini...

jom layan video di bawah beserta terjemahannya.... 



ISU SABAH & SOKONGAN WARGA TURKI...

Saya translate berdasarkan penulisannya. 

Saya menyampaikan pesanan ini dari Ankara, Ibu Negara Turki. Kami, orang-orang Turki menentang keganasan dan sepanjang 30 tahun itu kami telah kehilangan lebih daripada 30,000 jiwa dan terdapat pula ribuan orang yang menjadi cacat. Saya memberikan penghormatan yang tinggi buat mereka. Semoga mereka semua dianugerahkan syurga. 

Kami tidak pernah meninggalkan mereka. Setiap kali kami mendengar berita tentang berlakunya kematian, kami semua akan bersedih lalu kami melakukan protes dengan cara mengibarkan bendera (Turki) di mana-mana sahaja. Kami sangat berbangga dengan angkatan polis dan tentera kami. Kami sangat mencintai mereka dan kami akan menamatkan keganasan dengan perpaduan yang dibina.

Kami mengetahui permasalah yang berlaku di Malaysia. Kami menerima berita ini dengan sedih dan bersimpati tetapi saya percaya bahawa pihak polis dan tentera (malaysia) mampu menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama. 

Saya cuba ingin membantu kalian seperti mana yang kami lakukan terhadap Negara kami. Negara kalian begitu kuat dan saya percaya bahawa kalian juga mencintai Negara kalian dan pejuang-pejuang (askar) kalian. "Tiada Malaysia yang lain dan tiada Sabah yang lain". 

Kalian mampu mencapai kejayaan seperti mana yang kami telah capai. - Persahabatan kita (Turki-Malaysia) telah terjalin sejak dahulu lagi, iaitu ketika di era Pemerintahan Sultan Abdul Majid (Sultan Uthmaniyah). Kami tidak pernah melupakannya dan kalian tidak bersendirian di dunia ini. Kami sentiasa bersama kalian. Kita merupakan cicit kepada Uthmaniyah dan juga saudara se-agama (Islam) ~Bahri Kibaroglu. SEBARKAN YA.

HE : Matangkah rakyat Malaysia?kalau boleh asingkanlah isu sejagat dengan politik kepartian...semangat nasionalisme itu perlu diutamakan daripada kepartian dalam isu melibatkan keselamatan negara...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA