networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, March 17, 2013

Krisis #LahadDatu Tidak Jejaskan Aktiviti Eksport Minyak di FELDA SAHABAT..



Walaupun, FELDA Sahabat terlibat dengan insiden serangan pencerobohan di Lahad Datu, ianya tidak menghalang aktiviti eksport minyak ke pasaran Antarabangsa. Perkara ini perlu dibanggakan, ini kerana biarpun berlaku dalam pergelutan insiden pencerobohan, pihak keselamatan negara telah memastikan bahawa aktiviti pengeluaran minyak tidak terjejas...

Betapa besarnya pengorbanan anggota keselamatan negara..mereka mempertaruhkan nyawa mereka demi menjaga keamanan sejagat rakyat Sabah..bukan sahaja berusaha menghalau dan membanteras pencerobohan ini, mereka juga turut dipertanggungjawabkan untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat..

Keupayaan anggota keselamatan negara telah tebukti..bayangkan Kilang penapisan minyak sawit mentah yang terletak di FELDA Sahabat 16 teramat hampir iaitu hanya 16 KM dari lokasi kejadian krisis ini..perkara ini telah disahkan oleh Pengurus Kawasan Felda Transport Services Sdn Bhd, Sukirman Mukhtar.

Keupayaan pihak keselamatan memperketatkan kawalan telah berjaya meningkatkan keyakinan para peniaga dari luar..Operasi tetap berjalan seperti biasa walaupun terpaksa ditutup sementara pada 23 Februari lalu. 

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan hasil usaha FELDA..ini kerana hasil FELDA ini bukan sahaja untuk keperluan tempatan tetapi telah menjalankan aktiviti eksport hasil ke pasaran antarabangsa contohnya di negara Pakistan, China, Taiwan dan Amerika Syarikat..

Pada 14 Mac yang lalu, Kapal Tangki pertama, Bungan Allium telah berlabuh di jeti FELDA Sahabat 16 untuk mengambil minyak Sawit Mentah yang sudah diproses untuk penghantaran ke Pakistan. 

Kapal Tangki yang angkut minyak ni sangat besar..bayangkan 1 kapal mampu mengangkat muatan sebanyak 35,000 metrik tan bergantung kepada saiz kapal..Cuba korang fikir balik...sangat banyakkan hasil yang dikeluarkan FELDA ni...35 ribu metrik tan minyak...dah lah dalam keadaan krisis tapi masih mampu hasilkan minyak yang begitu banyak..

Untuk rekod..pada hari berkenaan, sebanyak 8 buah kapal telah berlabuh di Jeti tersebut..bayangkan 35 ribu tan metrik didarabkan dengan 8...berapa banyak???

Ini pun ANAK masih nak kata FELDA nak bankrup...merapu kata saham FGVH akan menyebabkan tanah FELDA tergadai..apalah hendak jadi dengan mereka ni...sudahlah bila krisis mereka lesap tah kemana..tu belum kita cakap pasal perangai mereka yang kutuk usaha anggota keselamatan tu...memang perangai mengalahkan Syaitan....

HE : agak-agaklah nak cari salah orang!!!jika sampai ke tahap fitnah...baik berkawan dengan SYAITAN...betul kata Nik Ajis..."Kalau Setan nak tolong kita pun kita terima..."haha

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA