networkedblogs

Bersahabat..

UMNO - BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Saturday, March 2, 2013

Kronologi Dan Keadaan Terkini Krisis #LahadDatu

Al-Fatihah...
Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.

Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh. - BERNAMA






-TERKINI SEHINGGA JAM 8.15PM, SERAMAI TIGA ASKAR MALAYSIA DISAHKAN TERKORBAN, DUA CEDERA MANAKALA 12 ORANG DARI KUMPULAN PENCEROBOH BERKENAAN DALAM SATU KEJADIAN BERBALAS TEMBAKAN PADA SEBELAH PAGI TADI DI LAHAD DATU & KESELURUHAN PASUKAN KESELAMATAN NEGARA TELAH DILETAKKAN DALAM KEADAAN BERJAGA-JAGA!-



Al-Fatihah disedekahkan buat tiga anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terkorban iaitu Inspektor Zulkifli Mamat, Koperal Sabarudin Daud, Koperal Azman Ampong (yang tercedera dibahagian punggung dan belakang namun dsahkan telah kembali ke rahmatullah pada jam 6 petang tadi di Hospital Lahad Datu).

Sementara itu, dua rakan mereka; Koperal Mohd Tarmizi Hashim (yang cedera ditangan dan kakinya) dan Konstabel Mohamad Qaiyum’aiqal (yang tercedera dibahu kanan dan kedua-dua kakinya), masing-masih kini sedang menerima rawatan diHospital Sandakan dan diHospital Lahad Datu dan kini dalam keadaan yang stabil.

Seramai 12 orang daripada kumpulan penceroboh tersebut telah terbunuh dalam pertempuran berdekatan Kampung Tanduo kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu dimana beberapa anggota kumpulan penceroboh yang telah berkubu di Kampung sejak hampir tiga minggu yang dikatakan tiba-tiba mara kira-kira 1.5 dan melepaskan tembakan kearah anggota-angota PDRM yang sedang berkawal dan mengepung semenjak pencerobohan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam responnya terhadap peristiwa berdarah tersebut telah mengeluarkan arahan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan juga Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin agar mengambil bertindak yan sewajarnya mengikut kesesuaian situasi.


"Pemerintah di medan sudah diberi mandat untuk bertindak sama ada penceroboh terbabit menyerah diri atau menerima kesan yang lebih buruk. Penceroboh sudah menyebabkan anggota kita terkorban jadi tiada lagi tempoh untuk mereka," katanya siang tadi.

Dengan nada kecewa, Najib menyatakan Kerajaan Malaysia telah cuba berkompromi, malah menunjukkan toleransi yang begitu tinggi kerana mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini seperti pertumpahan darah namun malangnya ianya berkau jua sehingga mengorbankan banyk nyawa," katanya lagi.

Najib, yang pernah memegang portfolio Menteri Pertahanan sebelum ini memberitahu pemberita kumpulan penceroboh bersenjata berkenaan dilaporkan telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum inI. 

"Saya telah mengeluarkan arahan memandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi," tegasnya sambil menambah, mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya.


"Sekarang, tiada masa lagi untuk berkomproni kerana, (kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka yang kini sdah dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri," tambahnya lagi

Najib turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan anggota-angota keselamatan kita.

Sementara itu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussin menjelas, dia difahamkan kejadian berbalas tembakan diantara kumpulan penceroboh dan PDRM dipercayai bermula sekitar jam 10 pagi apabila kumpulsan penceroboh yang mara and menembak ke arah anggota-anggota PDRM yang berkawal dan mengepung kawasan tersebut yang kemudian terpaksa membalas tembakan dalam usaha untuk mempertahankan diri.




Dalam nada yang sama, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu yang telah mula melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

"Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9.59 pagi, pertempuran diantara kumpulan pencoroboh dan PDRM berpanjangan berbala tembakan diantara 20 hingga 30 minit," jelas Hamza sambil menambah pihaknya juga merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian di sekitar kawasan pertempuran itu berlaku.

Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal.

Dipetik penuh dari The Unreported News



HE : Dengar ura-ura...Lahad Datu dah Clear...aku dengar juga Anwar Ibrahim dalang semua ni...

3 comments:

Ahmad Albab said...

Apabila satu-satu kumpulan memasuki negara bersenjata terutama senjata berat mereka tidak datang untuk berunding. Mereka datang untuk berperang. Dalam keadaan genting seperti ini kenapa pihak kerajaan tidak memanggil veteran-veteran perang yang ada untuk memberi nasihat? Kita masih ada Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan veteran-veteran yang pernah terlibat dengan penghapusan komunis.

Kenapa mesti menghantar pasukan baru yang tidak mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan krisis ini?

Hishamuddin harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan kadar segera jika sayangkan negara dan parti. Banyak kerosakan dilakukan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri sejak lima tahun yang lepas.

Beliau cuba menjadi hero dalam krisis ini tetapi sebenarnya gagal. Jika Xenophon yang tidak bersenjata dianggap bahaya boleh dihalau keluar dari Malaysia dan kenapa harus dibezakan dengan beratus-ratus orang dengan senjata berat yang boleh dibiarkan bertapak di Lahad Datu? Kementerian Dalam Negeri cuai menangani krisis ini dan menyebabkan anggota keselamatan terkorban.

Kenapa beratus-ratus orang bersenjata berat boleh melepasi sempadan negara? Di mana pasukan keselamatan berada ketika mereka menyusup masuk? Kenapa tidak digunakan kereta kebal atau kereta perisai untuk memasuki kawasan musuh? Kerajaan perlu mengambil tindakan bijak di dalam hal ini bukannya menyalahkan pembangkang.

Kesilapan membuat keputusan oleh Menteri memalukan negara. Terdapat banyak lagi soalan-soalan sensitif yang boleh saya kemukakan namun ianya boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan akan dijadikan modal oleh pembangkang.

Jadi, kepada Hishamuddin tolonglah jadi seorang lelaki buat pertama kalinya dengan meletakkan jawatan dengan segera. Anda adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Inilah masanya jika anda ingin menjadi hero.

Anonymous said...

Pandangan saya:
1) Anwar ditabal sebagai Dugong Sial
2) Pencerobohan berlaku
Langkah seterusnya...
3) Anwar mengeksploitasikan keadaan sebagai pembela negeri dan Rakyat Sabah. PR merancang dan berharapan untuk menjadikan Sabah sebagai tapak tanah mereka dalam menghancurkan Malaysia seterusnya selepas kalah PRU13. Jadi dengan status kenegeriannya sebagai Dugong Sial, tepat sekalilah fungsi dan peranan (roles and functions)-nya di Sabah. Dapatlah Sabah dijadikan tanah kubu PR/PPKR... (Mungkin juga tanah kubur).

Bilik Sewa Harian AN-NUR said...

Anuar derhaka

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA