networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, March 19, 2013

Masyarakat FELDA Bersatu Tentang Pencerobohan #LahadDatu...


Wah...hebat betul semangat silaturrahim yang ada dalam kalangan peneroka FELDA Sahabat 22 ni sejak krisis Lahad Datu berlangsung..betul orang kata peneroka Felda terkenal dengan semangat ukhuwah dan gotong-royong mereka..kalau ada majlis walimatul urus comfem mereka akan turun beramai-ramai untuk menjayakan majlis ini bersama-sama...

Tak hairanlah mereka yang sekarang ini sedang dihantui krisis lahad Datu sanggup berkumpul di dewan untuk menyediakan makanan kepada anggota keselamatan yang bertugas di kawasan mereka..bagi mereka apalah sangat sumbangan untuk masak kepada anggota keselamatan jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan anggota keselamatan yang bermati-matian berjuang mempertahankan tanah air tercinta ini...

Pengurus Besar Wilayah Felda Sabah Juany Salleh berkata :

Setiap hari seramai 50 orang anggota 4 persatuan Gerakan Wanita Felda Sahabat bergotong-royong menyediakan makanan bagi menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dalam memastikan keamanan dan keselamatan penduduk di Felda itu terjamin...
Kalau aku jadi anggota Keselamatan pun aku rasa sangat dihargai apabila masyarakat FELDA ni begitu menghargai sumbangan kita..antara juadah yang disediakan ialah Nasi lauk ayam dan sayur..usaha menyediakan makanan ini telah dilakukan sejak beberapa hari penceroboh menyerang Lahad Datu..

Bukan sekadar makanan jer, Felda turut menyedia 4 dewan serbaguna di Embara Budi, Fajar Harapan, Cederawasih dan Gemala Pura...

Usaha masyarakat peneroka ini harus ditiru dan diamalkan oleh semua masyarakat..barulah kita dapat kekalkan keharmonian sejagat...

HE : Jangan lupa pula..musuh FELDA no 1 negara ialah ANAK...ini harus ditentang habis-habisan supaya mereka tidak bermaharajalela merosakkan pemikiran masyarakan FELDA!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA