networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, March 14, 2013

Mazlan Aliman Kantoi Menipu 4 Perkara Tentang FGVH...

Pembohong..
Sebelum ini, Mazlan Aliman mencanang bahawa penyenaraian FGVH dalam bursa saham akan membawa malapetaka kepada para peneroka dan FELDA itu sendiri..Mazlan Aliman menyatakan 4 kerisauan mengenai penyenaraian FGVH mengikut pemahamannya...

Mazlan mendakwa bahawa -

1) Tanah Felda Plantation akan dipajak...
2) Modus operandi Felda Plantation Industries (FPI)
3) Isu 'Durian Runtuh'
4) Penubuhan sebuah Syarikat Khas (SPV)

Punyalah bapak penipu si Mazlan ni...Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya Mazlan dikantoikan oleh Presiden FGVH sendiri, Datuk Sabri Ahmad yang telah menafikan segala putar belit dan fitnah yang dilemparkan oleh Mazlan...

Datuk Sabri berkata :
Mazlan mengutarakan empat kerisauannya mengenai penyenaraian FGVH mengikut kacamatanya iaitu tanah Felda Plantation yang dikatakan akan dipajak, modus operandi Felda Plantation Industries (FPI), isu ‘durian runtuh’ dan penubuhan sebuah syarikat khas (SPV). 
Tanah seluas 360,000 hektar yang terlibat dalam penyenaraian tersebut melibatkan tanah Felda Plantation yang diserahkan kerajaan kepada Lembaga Felda pada tahun 1990 dan tidak sekali-kali melibatkan 500,000 hektar tanah milik para peneroka di seluruh negara. 
“Premium tanah milik Felda Plantation tu semua dibayar oleh Felda, bukan free (percuma).

Jawapan Dakwaan Mazlan Tanah Felda Plantation akan dipajak...
Datuk Sabri berkata : 
“Saya nak tekankan di sini bahawa tanah Felda Plantation tu bukannya dipajak seperti yang dikatakan Mazlan Aliman, tanah tu di sewa…FGVH sewa dari Felda..kita bayar..kita sewa dalam jangka masa panjang..jadi ia milik kekal Felda,” tegas Sabri. 
Kenyataan Mazlan yang kononnya tanah Felda Plantation tersebut akan tergadai itu sepatutnya tidak timbul memandangkan faktanya tidak benar sama sekali.
*Sewa dan Pajak Berbeza....orang bodoh je kata sama... 

Jawapan Dakwaan Mazlan Tentang Modus operandi Felda Plantation Industries (FPI)
Datuk Sabri berkata : 
Saya melahirkan rasa hairan dengan kerisauan AJK Pas Pusat itu mengenai modus operandi FPI yang dikata
kan akan berubah dan tidak menyebelahi kepentingan para peneroka.
Selama ini FPI tu saya yang uruskan, modus operandinya tak berubah sama saja sama ada sebelum penyenaraian atau selepas penyenaraian (FGVH)..termasuk harga sawit mentah, jadi apa yang Mazlan Aliman takutkan sangat? 
“Tak berbeza, tak bertukar, saya pun tak tahu apa yang dia risaukan sangat,” katanya lagi.

Jawapan Dakwaan Mazlan Aliman tentang Isu 'Durian Runtuh' yang mana Mazlan mahu mengetahui jumlah sebenar yang akan diterima peneroka dan sumber habuan.
Datuk Sabri berkata :
“Sudah (lebih kurang) 30 tahun para peneroka bersusah payah di dalam Felda dan hanya baru 10 tahun kebelakangan ini saja mereka dilimpahkan dengan kemewahan dari titik peluh mereka. Salah ke Felda nak berikan rewards (ganjaran) kepada mereka sekarang?,” persoalnya tentang kewajaran membalas budi lebih 112,000 keluarga peneroka Felda di seluruh negara. 
Menurut beliau, ‘durian runtuh’ tersebut bersumberkan dari Felda sendiri yang merupakan hasil dari penjualan kepentingan para peneroka kepada Felda dan seterusnya kepada FGVH. 
“Jumlahnya saya tak boleh beritahulah, itu hak Perdana Menteri..beliau yang akan umumkan dalam masa terdekat…tapi setahu saya jumlahnya boleh la para peneroka pergi Haji dua tiga kali,” ujarnya di hadapan para peserta.

Kerisauan Mazlan Aliman tentang Penubuhan sebuah Syarikat Khas (SPV).
Datuk Sabri berkata :
Syarikat khas itu merupakan pelan B yang dibuat ekoran pelan A yang disabotaj oleh Mazlan dan ANAK melalui lapan orang ahli KPF yang memfailkan injunksi mahkamah terhadap KPF bulan lalu. 
Sabri memberitahu bahawa injunksi dari lapan orang ahli KPF itu tidak mewakili lebih 220,000 jumlah ahli KPF yang sebenarnya mahu penyenaraian FGVH disegerakan, namun atas nama demokrasi dan undang-undang mereka berjaya mengagalkan proses penyenaraian tersebut. 
“Jika lapan orang ahli KPF tu tak buat injunksi di mahkamah dan KPF pegang kepentingan dalam FGVH, ia akan memberikan keuntungan ekonomi yang banyak pada peneroka, misalnya jika RM2 bilion pelaburannya, maka peneroka akan menerima RM100 juta dividen, kalau RM3 bilion mereka akan terima RM150 juta…lebih banyak dari apa yang peneroka dapat dari Felda setiap tahun. 
“Tapi injunksi itu menyekat semuanya..jadi kita buat pelan B untuk jamin kepentingan peneroka dalam penyenaraian ni..” 
SPV dicadangkan sebagai pelan B di mana sebuah tabung khas akan ditubukan bagi memastikan kepentingan para peneroka terjamin dan menikmati imbuhan dari penyenaraian FGVH pada masa akan datang.
Kesemua 4 tuduhan, kerisauan serta dakwaan Mazlan Aliman telah dipatahkan dengan mudah oleh Presiden FGVH, Datuk Sabri Ahmad ...kalau hendak diikutkan...Mazlan Aliman tak tahu apa-apa pun...dia main sebat jer asalkan dapat burukkan FELDA dan Kerajaan BN...

Tahniah!!Warga FELDA bersatu menolak musuh mereka...takbir!!!
HE : Macam inilah perangai orang PAS yang kata ahli Syurga...menipu dan berbohong semua halal kalau ditujukan kepada UMNO dan BN...baik diam dari terus memburuk-burukkan FELDA....chaws... 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA