networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, March 18, 2013

PANAS!!! Pekerja FELDA Dibayar Gaji Walaupun Duduk Goyang Kaki? Mak Oi!!!


FELDA tetap memberi gaji kepada pekerja dari Indonesia di sekitar Lahad Datu biarpun sekarang ini sedang berlangsung Op Daulat...

Aku tak pernah jumpa kompeni yang sebaik ni...kerja tak ada...produk tak keluar kilang tapi gaji dibayar...Mana ada syarikat ataupun agensi swasta mampu beri gaji tanpa kerja kecuali FELDA...

Usaha FELDA menjaga kebajikan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah rakyat luar seperti Indonesia telah mendapat penghormatan dan pujian daripada Kerajaan Indonesia...Konsulat Jeneral Indonesia di Sabah, Soepeno Sahid berkata :
"10,045 rakyat negara itu berada di daerah ini dan dari pada jumlah itu, 193 orang terjejas akibat krisis pencerobohan pengganas yang kini ditempatkan di pusat penempatan sementara di Embara Budi."
Konsulat Jeneral Indonesia ini turut mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia terutamanya pasukan keselamatan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara ini termasuk rakyat Indonesia yang bekerja di sini...

Rakyat Indonesia yang sebelum ini dikatakan balik ke negara mereka adalah fitnah dan rekayasa sahaja...Hasil pemeriksaa yang dilakukan di sempadan paling hampir iaitu Tawau mendapati kadar keluar negara rakyat Indonesia adalah seperti biasa dan tidak tinggi...

Ini bermakna bahawa, rakyat Indonesia sendiri setakat ini yakin dengan komitmen anggota keselamatan menjaga kebajikan mereka...

Aku pun tumpang bangga dengan usaha FELDA menjaga kebajikan pekerja mereka..bayar gaji walaupun tak kerja itu sudah sangat bagus..Jangan pelik jika Mazlan Aliman si pengacau Felda akan mempertikaikan usaha ni dengan kuar statement bahawa FELDA rugi kerana beri gaji walaupun pekerja goyang kaki di rumah...

HE : Biasalah..hati sudah busuk..kebajikan pun dikatakan Membazir...puih!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA