networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, March 7, 2013

Penceroboh #LahadDatu Memang Banggang!!!bodoh...


Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata Sebelah Pihak
MANILA: Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog. 

"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis," kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana. 

Beliau berkata ini adalah "untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa." Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini. 

Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

Baru inilah kau nak kata mahu memelihara nyawa..sebelum ini ingat berani sangat...konon angkat bendera putih kau p tembak pihak keselamatan Malaysia...ni kata nak angkat senjata pula..entah ye entah tidak....

MAKLUMAT TERKINI...


LIVE Sidang Media Perdana Menteri dari 'Ground Zero' Lahad Datu. 
Kerajaan umum wujudkan 'Special Security Area' di kawasan Timur Sabah dengan tambahan 5 batalion tentera/polis, sebagai tambahan kepada anggota sedia ada di Sabah.  
Tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.

HE : Sekarang ini pihak keselamatan pertahanan negara sedang menjalankan OPS DAULAT bagi  menjalankan misi kemanusiaan untuk membersihkan Sabah dari saki baki penceroboh di samping membantu PDRM...tak payah nak angkat senjata...p balik jer...keluar SABAH dan jangan datang lagi...cukup...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA