networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, March 1, 2013

PR Amal 'Kencing Rakyat' Dakwa BN 'Sabotaj' Krisis Air Selangor.. #TolakFitnah #IsuAirSgor


Menjelang PRU-13, Pakatan Rakyat sekarang ini sudah mula memainkan sentimen busuk terhadap pimpinan kerajaan pusat Barisan Nasional terhadap krisis air yang melanda rakyat Selangor. Para pemimpin PR menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional bakal melakukan sabotaj selepas pembubaran DUN Selangor. Kononnya mereka mendakwa bahawa Pakatan Selangor sudah bersedia dengan segala kemungkinan...

Persoalannya, siapakah yang mensabotaj Rakyat Selangor?

Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab masalah air di Selangor...
Sejak dari dulu lagi, nasib rakyat Selangor telah dijudikan oleh kerajaan Pakatan apabila mereka sering kali mengalami masalah air berikutan kelemahan dan ketirisan pemerintahan yang berlaku dalam pimpinan PR..

Tuntutan yang tidak masuk akal seperti mahu menstruktur semula kesemua konsesi air adalah salah satu punca bentuk sabotaj krisis air yang mana rakyat menjadi mangsa.

Kerajaan pusat, Barisan Nasional mahu menambahkan kuantiti air bersih dengan perancangan untuk membina Loji Langat 2 telah dinafikan oleh pimpinan Khalid atas alasan projek itu adalah membazir yang mana harga tarif air bakal meningkat 100% adalah rekayasa untuk mensabotaj kerajaan BN dengan mempertaruhkan nasib rakyat sendiri.

Sehingga hari ini, Pakatan Rakyat negeri Selangor telah gagal dalam kesemua perancangan mereka untuk membaiki mutu kualiti air di Selangor. Dengan bermodalkan memberi air percuma, mereka seolah-olah boleh bermegah bahawa merekalah sebuah kerajaan yang tersangat membela nasib rakyat Selangor.

Namun dari sudut lain, merekalah sebenarnya menjadi jarum yang menyuntih racun didalam nadi rakyat Selangor sehingga membuatkan rakyat Selangor sendiri dalam kesusahan tatkala krisis air melanda.

Perancangan mahu menstruktur konsesi air bagi menidakkan projek Langat 2 sehingga hari ini masih tidak menampakkan jalan penyelesaian, perbincangan dengan kesemua konsesi air masih gagal.

Kerajaan pusat telah disabotaj menjadi dalang kegagalan mereka walhal kerajaan Pusat langsung tidak ada kena mengena dalam kegagalan mereka menstrtuktur air di Selangor...

Pakatan Rakyat Selangor dalam diam telah membekukan kelulusan Capex Syabas untuk membaiki sistem paip di sekitar Selangor yang kita sedia tahu sudah uzur dan selalu bocor.

Selepas mensabotaj Syabas dengan membekukan Capex Syabas, mereka terus menuduh bahawa Syabas gagal mentadbir urus dan menjadi punca masalah paip bocor serta kerugian pengeluaran air terawat...

Isu pam rosak di rumah pam Wangsa Maju turut dijadikan bahan dan modal kerajaan Pakatan kononnya Barisan Nasional menjadi dalang utama merosakkan PAM tersebut. BN tidak ada kena mengena dalam kerosakan PAM itu pun telah dituduh sedangkan kerosakan itu sebenarnya berpunca daripada kenaifan tadbir urus Pakatan Rakyat yang berdegil bahawa Selangor benar-benar mengalami masalah air.

Disebabkan terlebih operasi, maka PAM tersebut telah rosak. Pemimpin pembangkang bukan mahu membaiki PAM tersebut tetapi menjadikan modal kerosakan tersebut untuk menuduh BN...Jika benar mereka kerajaan yang prihatin dan membela rakyat, masalah rakyat perlu diselesaikan dan bukannya terus menerus bermain sandiwara politik kejam dan zalim kononnya BN mensabotaj rakyat Selangor.

Disebabkan masalah ini, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperuntukkan sejumlah RM 120 juta bagi membaiki dan menaiktaraf infrastruktur air di negeri itu. Itu pun mereka katakan pertolongan dana RM 120 juta adalah dana bagi menyelamatkan Syabas daripada bankrap..Sandiwara politik menuduh BN 'Sabotaj' rakyat telah lama mereka amalkan...

Walaupun kerajaan pusat, BN bukan kerajaan yang memerintah Selangor, tetapi mereka tetap komited bagi membantu rakyat Selangor yang menghadapi masalah air. Kerajaan Selangor pimpinan pakatan hanya tahu bermain sandiwara politik 'kencing rakyat' terus menerus. Pemberian air percuma bukanlah satu usaha yang harus dimegahkan sekiranya rakyat sengsara menghadapi masalah air..

Tiada guna air percuma yang berapa sen itu, jika rakyat dihimpit kesengsaraan krisis bekalan air...

HE : Pakatan sedar masalah ini..jadi untuk elakkan mereka mengakui kesilapan, mereka sudah mula memainkan persepsi bahawa BN lakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor..Walhal amalan sabotaj BN ini telah lama mereka amalkan....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA