networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, March 6, 2013

#Pray4Sabah - Rahsia Tun M Yang Disorokkan Anwar...


Blogger Chewal mendedahkan apa sebenarnya rahisa yang membuatkan Anwar takut kepada Tun Mahathir :

Ketegasan yang membuatkan Negara barat akur dan menghormati Malaysia.

1. Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Setiap tindakan beliau adalah demi kepentingan Negara. Kepentingan Negara diutamakan melebihi kepentingan peribadi.

2. Atas keperibadian inilah, beliau marah dengan tindakan Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau menganggap tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara commonwealth.

3. Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang Heathrow.

4. Selain daripad itu, beliau juga telah mengarahkan rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain supaya tanah-tanah pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara yang kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka dengan permainan mereka.

5. Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan pelbagai tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid’ ini sebagai satu tindakan yang bersifat nasionalisme. London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar kod pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih syarikat-syarikat lain. SELANJUTNYA SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA