networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, March 27, 2013

#PRU13 - Pakatan Rakyat Selangor Akhirnya Tunduk Keputusan @NajibRazak



Wah..akhirnya Pakatan Rakyat di Selangor buat keputusan akan bubar DUN pada 22 April SEKIRANYA Najib Razak masih tidak bubarkan Parlimen sebelum tarikh tu...ni maknanyamereka sudah tunduk dengan keputusan Najib..

Dulu bukan main lagi tak nak laksanakan PRU di negeri pakatan serentak..sekarang sudah akur ka??haha...sebelum ni pun Kelantan sudah setuju nak laksanakan pilihan raya serentak...hari ni Selngor plak kata macam tu...

Kalau nk ikutkan pengumuman MB Khalid ni tak ada pun yang special...Selangor memang akan bubar DUN automatik pada 21 April..nak tak nak memang itu tarikh akhir...

Mantaplah PM kita!!berjaya buat Pakatan ikut telunjuk kita...haha...

PETALING JAYA 26 Mac - Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
Beliau berkata perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut sama mengambil tindakan serupa sepertimana Selangor. 
“Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. 
Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak," kata Abdul Khalid pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini. 
Turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. 
Sebelum ini, kerajaan Kelantan pimpinan Pas dilaporkan bersetuju membubarkan DUN bersama-sama dengan kerajaan Pusat. 
Sementara itu, Anwar yang ditanya tempoh masa yang akan diambil untuk perbincangan berkenaan berkata, pihaknya tidak menentukan sebarang tempoh masa. 
“Sekarang kita bincang dahulu," katanya. - BERNAMA

HE : Najib Razak Jadi PM 3 April 2009...jadi 3 April 2013 baru 4 tahun...sama jer dengan PM sebelum ni..cuma tempoh Parlimen bubar jer beza...tu pun cai nak kata Najib kecut ka...haha

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA