networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, March 20, 2013

RM 50 Juta Diperuntukkan Kepada Generasi Kedua #WargaFELDA..Kenapa?



Beruntung benar jadi anak FELDA ni...Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 50 juta setiap tahun bagi program latihan kemahiran kepada generasi kedua..

Program ni sebenarnya difokuskan kepada anak-anak Felda yang tak berapa cenderung kepada akademik..yelah..setiap orang di dunia tak semestinya pandai akademik...

ada orang yang mempunyai kemahiran tinggi dalam sesuatu bidang tetapi dia tak pandai akademik...

Dan ada juga orang yang pandai akademik tapi dia kurang pengalaman dalam bidang kemahiran..contohnya repair motorsikal..tak semestinya orang yang dapat 8 A PMR pandai repair motor..

Jadi fokus program kemahiran ni hanya menumpukan kepada generasi kedua Felda yang minat dalam bidang kemahiran contohnya vokasional..yang bijak pandai akademik tu boleh dapat biasiswa untuk lanjut pelajaran seperti kawan aku yang belajar di Lim Kok Wing dengan tajaan Felda...punyalah hebat budak tu..

Jom ikuti laporan dibawah :
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata matlamat Felda ialah memberi peluang kedua kepada generasi kedua Felda yang kurang cemerlang di bidang akademik bagi mendapat latihan untuk bersaing di pasaran kerja. 
“Setakat ini sebanyak 80 buah institut latihan kemahiran menjalin kerjasama dengan Felda dalam usaha menyediakan program latihan kemahiran itu. 
“Sejak 2005 seramai 35,000 orang generasi kedua Felda yang kurang cemerlang dalam bidang akademik telah mengikuti pelbagai program latihan yang disediakan, sekurang-kurangnya seorang satu kemahiran,” katanya. 
Mohd Isa berkata setiap tahun Felda memperuntukkan RM50 juta untuk program latihan kemahiran kepada generasi kedua. 
HE : Mazlan Aliman pun boleh join kalau dia cukup syarat..haha! 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA