networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, March 12, 2013

Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terkorban!!Aku Menitiskan Air Mata....

Kpl Khairul Anuar dari Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dari Batalion ke 7 yang ditembak oleh pengganas di Lahad Datu pagi tadi disahkan stabil oleh DCO Sandakan.
Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa. Namun nama anggota tersebut tidak dijelaskan. Teman dimaklumkan pengganas Sulu bertindak pengecut dengan menyamar sebagai orang awam dan membuat serang hendap dan lari.

Semoga Allah Mencucuri roh wira negara ini...Allahuakbar! -selanjutnya

1163468 Pbt Mohd Hurairah dari 7md,Kem Kukusan Tawau sabah trbunuh dlm prtempuran d Kg Tg Batu Lahad Datu pagi td. Arwah brasal dari Kelantan

HE : Aku sedar ramai yang pertikaikan kenapa tentera kita kena serang hendap sedangkan ramai tentera..oklah aku cerita berdasarkan imaginasi aku...tentera kita buat rondaan..sudah tentu tentera kita bergerak..musuh pula pasti kedudukan statik dan dalam keadan siap sedia.....disebabkan keadaan inilah yang dikatakan diserang hendap...

Peperangan ini dinamakan perang Gerila atau CIW..sial punya penyamun!!!

ini persepsi aku..walau apapun...Aku menagis...al-fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA