networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, March 19, 2013

Sultan Sulu Tarik Balik Genjatan Senjata..Arah Serangan Gerila...


Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Jamalul Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" katanya kepada para pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan, adik lelaki kepada Jamalul, Azzimudie Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa Azzimudie dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengannya pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Sulu yang pada masa ini berjumlah 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu mengesan mereka.

4 comments:

Anonymous said...

kalau betul ada perbualan seperti itu, tidak mampukah ATM dan agensi perisikan kita memintas atas mengesan panggilan itu dibuat ???

Anonymous said...

kalau betul ada perbualan seperti itu, tidak mampukah ATM dan agensi perisikan kita memintas atas mengesan panggilan itu dibuat ???

Anonymous said...

kalau betul ada perbualan seperti itu, tidak mampukah ATM dan agensi perisikan kita memintas atas mengesan panggilan itu dibuat ???

Anonymous said...

bila masa pgikut pggnas kiram buat genjatan snjta? ckp sj buat gjtn sehala, tp tetap juga buat serangn gerila sblm ini...
kiram bmain dgn psepsi dunia. ckp pd dunia buat gnjta tapi sbnrya tidak ada dn sekrn ckp tarikf smula seola2 mrk benar2 buat gnjytn snjta. timbulkn psepsi seolah2 pskn msia kejam krn ttp teruskn sergn meskipun ada gnjtn snjta. media msIA DAN IG N PAT KENA SERANG BALAS PERSEPSI NGATIF KIRAM TIAP KALI PC. kiram sdg timbulkn psepsi buruk kpd msia berterusan supya pbb masuk cmpur. inila matlamt awal mrk.kiram sdr mustahil dpt kalahkn pskn msia, sbb itu pgikutnya berusaha sdya upaya bertahan smana bole smntra mnunggu pbb dan nato masuk campur.
jadi media msia kena lawan pmainan persepi kiram. media kena guna ayat dan istila yg berbentuk serangn dlm laporan. bukn hny laporkn apa situasi yg berlaku di lokasi...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA