networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, March 12, 2013

Tanah Peneroka FELDA Berbeza Dengan Tanah FELDA...Kenapa?



Petang-petang ni saya saja nak share 1 cerita tentang beza Tanah FELDA dan Tanah Peneroka...kedua-dua tanah ini adalah berbeza..jika sudah berbeza sudah tentu pemiliknya pun tak sama...

Ok, Tanah Felda...

Nama pun tanah FELDA..sudah tentu tanah ini milik FELDA..tanah ini diusahakan sendiri oleh pihak FELDA dan langsung tiada kaitan dengan peneroka..FELDA ada hak untuk memberi hak ini kepada para peneroka melalui tawaran permohonan peneroka baru...jikalau seseorang anak FELDA tidak menjadi salah seorang keluarga peneroka FELDA, mereka masih boleh berkhidmat di FELDA dengan menjadi kakitangan atau pekerja FELDA walaupun bukan bergelar peneroka...

Pembangkang perlu tahu..kebanyakan daripada mereka beranggapan..anak FELDA jer pasti kerjanya menyawit..walhal sehingga hari ini, macam-macam benda anak-anak FELDA ini sudah buat...ada yang mengusahakan pembuatan elektronik telefon, ada yang ingin mendaki gunung Everest dan ada yang sudah bermain bola sepak dieropah...

Satu perkara yang saya banggakan anak-anak FELDA ini ialah mereka sangat bermotivasi untuk memajukan diri mereka disamping membawa nama FELDA di persada dunia...

Tanah Peneroka...


Tanah peneroka ini adalah hak milik peneroka. Pada waktu dulu, felda akan dibagikan 1/2-1 ekar untuk tempat tinggal...Felda akan membahagikan 1 bahagian mengikut sistem blok yang mana satu block terdapat 10 ekar tanah..

Dalam 10 ekar ini terdapat 4 orang pemilik...setiap orang pemilik akan dapat memperolehi 10 ekar tanah di blok yang berbeza..makanya setiap orang pemilik akan dapat 2.5 ekar tanah di setiap blok yang mana mereka akan ada hak 2.5 ekar dalam 4 blok berbeza...ini adalah salah satu pendekatan untuk memudahkan urusan...

Felda akan memberi tanah dan rumah ini dalam bentuk ansuran yang mana harganya sangat berpatutan..sebelum ini, para peneroka diberi hak sebanyak 2.5 ekar x 4 bahagian...1 bahagian itu dikongsi dengan orang lain..sampai 1 masa, kesemua tanah ini akan dicantumkan menjadi 10 ekar..bolehlah nego suka sama suka...

Tanah dan rumah yang diansuran akan menjadi hak mutlak setelah semua bayaran selesai..para peneroka juga akan dapat geran...

Peneroka Boleh Buat Pilihan...



Bila tanah dah jadi hak milik para peneroka..mereka ada 2 pilihan samada nak urus sendiri atau suruh FELDA urus...sekiranya mereka menebang pokok untuk penanamn semula tiada income akan diperolehi sehingga pokok mengeluarkan hasil...

Jika peneroka tidak mampu untuk mengurus sendiri tanah mereka, maka mereka boleh mengambil inisiatif untuk FELDA menguruskan...sepanjang FELDA menguruskan tanah ini, mereka akan menerima hasil walaupun duduk goyang kaki di rumah...

Manakala sekiranya mereka mampu mengurus sendiri, mereka boleh upah pekerja dari kalangan anak peneroka mahupun warga indonesia...FELDA akan memberi bantuan dari segi baja subsidi...cumanya mereka perlu mengeluarkan modal sendiri untuk tanam semula dan pengurusan...hasilnya mereka boleh menjual kepada FELDA walaupun mereka menguruskan sendiri...

Walaupun peneroka memilih untuk mengurus sendiri tanah, mereka tetap mendapat hak seperti peneroka yang mengamanahkan FELDA mengurus tanah...jikalau FELDA memberi bonus raya, bonus hasil sawit dan apa sahaja betuk bonus...semua peneroka akan mendapat manfaat...

HE : Penyenaraian Felda dalam bursa saham FGVH tidak akan sesekali menyebabkan tanah peneroka tergadai....itu adalah janji kerajaan...biarpun geng-geng Mazlan Aliman kata tanah akan tergadai..itu hanyalah tipu muslihat...

2 comments:

Anonymous said...

Haha..bape juta dpt duit

penyu_langsat said...

Hakikatnya tak semua peneroka yg mengusahakan tanah sendiri walaupun jual hasil kepada kpd Felda akan dpt imbuhan sama, macam2 alasan diberikan diperingkat pengurusan Felda tempatan...indah khabar dari rupa je..turun padang dan selami isu2 diperingkat bawahan.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA