networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, March 6, 2013

TERKINI Krisis #LahadDatu - Rakyat FELDA Tidak Diselamatkan Oleh Mazlan Aliman...


Setakat ini, kita bolehlah menarik nafas lega apabila keadaan di Sabah semakin terkawal..aku dimaklumkan yang Ops Sulu yang dilakukan ATM telah ditukar kepada Ops. Daulat.

Sekarang ini pihak keselamatan negara sedang melakukan operasi pembersihan untuk mencari saki baki pengganas. Serangan daripada penceroboh lahad datu bermula pada 9 Februari apabila mereka memasuki perairan menggunakan bot pancung dan berkumpul di Felda Sahabat 17.

Bermula 9 Februari sehingga 28 Februari, masyarakat FELDA Sahabat 17 hidup dalam ketakutan. Mereka terpaksa bersiap sedia menerima sebarang kemungkinan apabila kira-kira 180 orang penceroboh bersenjata menjadikan FELDA mereka sebagai markas untuk berkumpul..Kerajaan Malaysia ketika itu cuba berunding dengan Sultan Jamalul Kiram III untuk mengusir penceroboh dan menamatkan konflik...

Namun, tidak berhasil...Pada 28 Februari, mereka masih berdegil..Agbimuddin Kiram dengan bongkaknya menegaskan bahawa hanya abangnya sahaja mampu mengarahkan 180 penceroboh itu meninggalkan FELDA Sahabat...

Keadaan semakin genting apabila anggota pasukan penyelamat telah dibunuh..maka pihak tentera tidak ada cara lain untuk mengusir mereka kecuali perang habis-habisan...

Bayangkan..dalam tempoh hampir sebulan, rakyat FELDA Sahabat 17 hidup dalam ketakutan...kemana perginya pejuang bernama Mazlan Aliman?

Kata dialah penyelamat masyarakat FELDA..dialah hero..tapi bila bab nyawa FELDA ni dia tak berani pulak nak pergi selamatkan penduduk Felda tersebut...kalau betul anak jantan..dia dah turun dah ke sana untuk selamatkan warga dan generasi FELDA...tapi habuk pun tak ada...

Yelah..inikan soal NYAWA..dia pun takutlah...nanti dah mampos tak adalah dana turun untuk salahkan UMNO...haha...Dalam ceramah bukan main hebat lagi kata dialah penyelamat masyarakat Felda..dialah mahu kembalikan hak rakyat FELDA...tapi sayang pengecut rupanya..tak adalah pejuang kecut telur..Mazlan Aliman jer..haha

Tohmahan Sesat kata POLIS hanya memerhati sahaja...
Alhamdulillah..berkat kehebatan tentera kita dan dengan Izin Allah...seramai 15,000 peneroka gugusan FELDA Sahabar berdekatan Kampung Tanduo, Lahad Datu dilaporkan dalam keadaan selamat dan tiada yang tercedera..

Masyarakat FELDA di sini amat berterima kasih kepada pihak POLIS dan TENTERA yang memastikan keselamatan mereka terjamin...itu pun mereka boleh kata POLIS tak ambil peduli masyarakat FELDA...selama ini kumpulan cacai ANAK diketuai Mazlan Aliman mendakwa yang POLIS hanya tengok sahaja mereka dihalang masuk ke FELDA untuk tabur fitnah...

Bagi aku memang patut pun Polis tengok sahaja..sebabnya keadaan terkawal dan tiada rusuhan sehingga mengancam nyawa..takkan Polis nak masuk campur...apa punya bebal lah mereka ini...bila kes seperti serangan penceroboh FELDA Sahabat 17 ini, kita dapat lihat betapa mereka menipu selama ini..Polis amat sayang dengan semua rakyat...mereka sangup menggadai nyawa demi rakyat...kalau tak mampu nak puji janganlah dicaci maki...

HE : Serius aku sedih dengan sikap pembangkang..mereka sentias berfikiran serong terhadap anggota keselamatan...difitnah Polis Anjing kerajaanlah...dimaki hamun perjuangan mereka sia-sialah..mati kataklah..cukup-cukuplah pembangkang...politik seperti ini membuatkan ramai benci kepada mereka...yang sokong hanya orang bodoh jer...

Mazlan Aliman Tidak Menyelamatkan Masyarakat dan Peneroka FELDA...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA