networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, March 5, 2013

TERKINI PANAS!!! Rakyat Palestin Akan Dapat Pendidikan Vokasional...


KUALA LUMPUR, 5 Mac - Sebentar tadi telah berlangsung mesyuarat antara 2 pihak untuk membincangkan hala tuju dan perancangan golongan belia di Palestin untuk meningkatkan tenaga mahir rakyat Palestin.

Mesyuarat antara Giat Mara dan Malaysia-Palestine Youth Movement (MPYM) yang dilangsungkan di Wisma Giat Mara, Kuala Lumpur itu tadi telah dipengerusikan oleh CEO Giat Mara, Pn Meriyam Abd Majid. Turut hadir bersama pengerusi MPYM Malaysia, Shahrul Nasrun dan Pengerusi MPYM Palestin, Mohamed Y Hasna dan kumpulan deligasi MPYM.

Antara perkara yang dibincangkan tadi ialah Syarat kelayakan rakyat Palestin untuk mengikuti kursus latihan Giat Mara yang dijangka bermula bulan Jun tahun ini.

Meriyam Abd Majid berkata, "jika usaha ini diluluskan oleh kerajaan, Giat Mara akan menerima pelatih dari Palestin pada Jun ini. Setakat ini, kita masih diperingkat perbincangan"

Dijangkakan seramai 44 orang rakyat Palestin akan mengikuti latihan di Giat Mara. Tujuan utama pelatih ini dipanggil mengikuti kursus di Malaysia adalah untuk melatih bakal tenaga pengajar di Palestin. Selanjutnya

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA