networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, April 11, 2013

400 Pelajar Kembali Ke Sekolah Selepas Krisis #LahadDatu Reda....


Syukur alhamduillah dirafakkan kepada Allah subhanallah kerana memberikan nikmat keamanan semula di Lahad Datu selepas diuji oleh penceroboh...minggun ini 400 orang pelajar yang terpaksa dicutikan akibat krisis Lahad Datu telah mula kesekolah selepas krisis Lahad Datu reda....

Berikut adalah laporan yang diterima : 



Selepas lama 'bercuti' akibat kekecohan yang ditimbulkan kumpulan pengganas Kiram, kira-kira 400 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian dan SK Lok Buani yang terletak dalam zon Ops Daulat akan kembali meneruskan persekolahan esok.

Kebanyakan murid yang ditemui mengakui, mereka sudah tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan biar pun kawasan itu masih dikelilingi ratusan anggota keselamatan.

Bagi murid tahun enam SK Tanjung Labian, Andrian Musli, 12, perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekolahnya.

"Sejak berpindah ke pusat pemindahan sementara, saya tidak lagi berjumpa rakan-rakan sekolah. Saya tidak sabar untuk bertemu mereka semula apabila sekolah dibuka esok.

"Lagi pun kami akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Saya mahu kembali belajar bersungguh-sungguh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Adiknya, Asri Musli yang merupakan murid tahun tiga sekolah sama, tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih kerana banyak peralatan sekolah telah rosak dan hilang akibat pencerobohan itu.

"Nasib baik baju sekolah dan buku-buku masih ada. Tidak sabar sebenarnya untuk kembali ke sekolah selepas lebih sebulan 'cuti panjang'," katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Lok Buani, Saabi Hasim, 45, berkata, beliau bersyukur kerana tiada kerosakan berlaku di sekolah tersebut biar pun lebih sebulan ditinggalkan.

"Kami sedang dalam usaha memaklumkan kepada murid-murid dan ibu bapa mengenai pembukaan semula sekolah Isnin ini.

"Diharapkan kehadiran murid dapat mencapai 100 peratus walaupun kami sedar mungkin ada kesukaran kepada sesetengah mereka untuk hadir ke sekolah," katanya.

Saabi berkata, beliau juga berbangga dengan semangat ditunjukkan para guru di sekolah itu yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat. -UTUSAN

1 comment:

Sue Bee said...

anak2 yang sentiasa bersemangat..bangga dengan budak2 nih..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA