networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, April 4, 2013

CHECKMATE!!! Khalid dan Pakatan Kantoi Seleweng Minda Rakyat #IsuAirSgor!!!



Selepas keluarnya video satira The No Direction Show tentang masalah air di Selangor... kini keluar pula video yang menjelaskan kemelaratan dan salah tadbir urus Pakatan Rakyat Selangor berkenaan isu air di Selangor...masalah utama rakyat di Selangor ialah kekurangan Air Bersih yang sudah dirawat...mungkin ada yang tidak berapa jelas tentang maksud Air Bersih terawat...

Air Bersih Terawat bukannya air hujan.. dan bukan juga air dari sungai klang... biarpun banjir di Selangor sekalipun, ianya tidak akan menambahkan bekalan air bersih terawat...air bersih terawat adalah air yang telah diproses di loji rawatan air...

Apabila pembangunan di Selangor semakin menunjukkan kematangan, maka semua sumber asas khususnya air perlu ditambah bagi menampung permintaan yang semakin meningkat...

Mengikut statistik yang tercatat setakat ini, 

1) Jumlah kapasiti air terawat ialah 4546 JLH..
2) Permintaan air di Selangor adalah sebanyak 4508 JLH...
3) Maknanya baki simpanan kecemasan hanyalah 38 JLH...

Memang nampak banyak bukan baki simpanan kecemasan sebanyak 38 Juta Liter Sehari...tapi ianya hanya lebih kurang 1 % sahaja... sedangkan piawaian antarabangsa mengesyorkan simpanan air kecemasan mesti melebih 20%.. maknanya jika jumlah permintaan air 45++ JLH maka jumlah 20% jumlah yang disyorkan antarabangsa sepatutnya ialah sebanyak 9++ JLH... nampak tak beza banyak.... sebab itulah Selangor teramat sangat memerlukan sumber air yang baru bagi meningkat jumlah pengeluaran air terawat disamping dapat meningkatkan jumlah simpanan kecemasan seperti yang disyorkan...

Baki simpanan kecemasan ini adalah jumlah air simpanan atau persediaan sekiranya paip bocor ataupun semasa permintaan air naik mendadak, terutamanya pada musim panas apabila air banyak digunakan. Ya lah, orang panas mestilah nak mandi selalu … Masa tu kalau rezab kecemasan rendah, memang sahlah nanti tekanan rendah dan seterusnya bekalan air terputus..

Kalau dah namanya Pakatan Rakyat..kalau tak putar belit tu tak sah...Khalid memang akui yang simpanan kecemasan air di Selangor memang berada dalam keadaan kritikal..jadi bagi menutup masalah ini di samping mengelakkan rakyat marah kepada pemerintahan Pakatan...Khalid putar belit menyalahkan SYABAS supaya mengurangkan kadar NRW kepada15% dapat menampung permintaan bekalan air bersih terawat...dengan berbekalkan fakta kurangkan NRW kepada 15% maka Khalid memberi alasan supaya projek Langat 2 tidak perlu dibina...

Untuk pengetahuan puak MACAI (Mendengar Apa sahaja Cakap Anwar Ibrahim)..pengurangan NRW kepada 15% memerlukan kos sebanyak RM 7.2 bilion dan memakan masa yang sangat lama... Yalah nak gantikan paip-paip lama ni banyak prosesnya...nak kena bincang dengan penduduk kawasan, jalan nak tutup sebab nak korek paip yang nak diganti. Biasalah, kalau jalan tutup, menyusahkan sebab nanti traffic jam lah pulak…

Sedangkan pembinaan Langat 2 hanya menggunakan kos sebanyak RM 6.3 Billion yang mana sumber bekalan air bersih terawat akan bertambah dalam masa 2 tahun sahaja..mana lagi murah? oleh kerana terlalu busuk hati mahukan Langat 2 di batalkan...Khalid sanggup mencadangkan bermacam-macam cadangan yang pelik-pelik yang mana memang langsung tak dapat direalisasikan...

Antara alasan 'bodoh' Khalid bagi membatalkan projek Langat 2 adalah dengan memperkenalkan projek loji teknologi Mambran yang memang tak masuk akal..Projek Mambran ini hanyalah mahu meningkatkan kualiti air dan bukannya menambahkan kuantiti bekalan air bersih terawat..

Apa yang Khalid buat Cuma tambah air sikit sana sini saja, tambah sikit memalui teknologi Mambran, tambah sikit lagi melalui air lombong, tambah sikit lagi guna HORAS dan macam-macam cara lagi lah…Campur-campur pertambahan ni pun tak cukup untuk Selangor yang semakin membangun ni..

Khalid punyalah bebal...tak mahu laksanakan projek Langat 2, Syabas dan NRW pula disalahkan...Sebenarnya SYABAS memang antara sebuah konsesi air yang sangat cekap..baru mengambil alih air selama 2 tahun sudah berjaya menurunkan NRW sebanyak 11%...pengurangan NRW sebanyak 11% ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa...

Biarpun Khalid Ibrahim sabotaj membekukan CAPEX Syabas untuk mengurangkan NRW tetapi SYABAS masih mampu mengekalkan NRW pada tahap 32% selama 5 tahun pemerintahan Khalid inilah dikatakan hebat, !!! Berapa banyak koyok yang Syabas dah tampal kat paip-paip lama nak kekalkan NRW ni..

Disebabkan kehebatan SYABAS inilah yang membuatkan Khalid Jeles...macam-macam langkah telah dilakukan untuk sabotaj SYABAS semua tidak berjaya...Sehinggalah dia mencadangkan mahu menstruktur keempat-empat konsesi air di Selangor...Allah SWT bayar cash terhadap penindasan Khalid terhadap SYABAS..sehingga hari ini keempat-empat konsesi air (SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan Abbas) tidak berminat dengan cadangan Khalid dan Kerajaan PR Selangor... 

Baru-baru ini..bila dia sudah Frust...maka Khalid buat pengumuman mahu ambilalih SYABAS dahulu dan barulah dia akan fikirkan langkah seterusnya...kalau dah namanya pemimpin tidak perikemanusiaan..buat apa sahaja tidak mendapat berkat dari Allah SWT...menuduh Kerajaan Pusat sabotaj mereka bagi menggagalkan penstrukturan tapi sebenarnya tidak...mereka yang tawar harga rendah ada hati berselera tinggi... Nak berniaga pun tak pandai..

HE : Inilah bukti pentadbiran yang sangat lemah..baru tadbir negeri macam-macam diputarbelit...Air hak rakyat dan bukannya hak Pakatan mempolitikkan isu...Pakatan Rakyat hanya tahu sandiwara politik..bila bab mentadbir...salahkan pihak lain...Kerajaan macam ni yang kita nak?

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA