networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, April 1, 2013

FGV Makin Maju! Dijangka Ambil Alih Aset Ladang Di Myanmar 6 Bulan Lagi! MACAI Buntu Xde Modal..haha

Datuk Sabri Ahmad

Arini aku terbaca satu tabloid 1 Suara FELDA yang kebanyakannya menerangkan tentang Felda Venture Holdings Bhd (FGV)..sebelum ini, kalau aku dengar penerangan dari kumpulan MACAI ANAK, aku jadi bimbang apakah benar penyenaraian FGV ini mencatatkan prestasi buruk sehingga membankrapkan FELDA.. 

Selepas membelek akhbar ini, aku begitu yakin dan pasti yang FGV mampu meningkatkan prestasi untuk menjadi agensi tersohor untuk jangka masa panjang.. 

Salah satu artikel di tabloid ini menceritakan bahawa FGV bakal memuktamadkan satu pengambilalihan asset berkaitan perladangan getah di Myanmar dalam tempoh 6 bulan ini..apa yang dicanangkan oleh MACAI yang mengatakan FGV akan merudum adalah fitnah yang sangat besar..kalau fikir secara logic sekalipun takkanlah kalau merudum mampu ambil alih syarikat lain..kalau syarikat dalam Negara tak apalah juga..ini syarikat luar Negara bukan mudah beb… 

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Sabri Ahmad, beliau menjelaskan bahawa pihaknya sedang mengadakan rundingan dan kajian daya maju bagi menilai potensi sumbangan pengambilalihan aset berkenaan…pengambilalihan ini mungkin berupa sebuah aset kilang pemprosesan getah di Myanmar… 

Penyenaraian ini perlu dilakukan berhati-hati kerana ingin memastikan peningkatan pendapatan yang lumayan untuk masa depan…memang gilalah kemajuan yang ficapai FGV ni..memang patut pun digelar syarikat perladangan ketga terbesar di dunia!!! 

Untuk makluman, prestasi FGV kini berada dalam kedudukan selesa untuk melaksanakan sebarang pengambilalihan kerana mempunyai kedudukan tunai yang kukuh selepas penyenaraian selain ditambah dengan dana hasil pelupusan 20 peratus kepentingan dalam Kumpulan Tradewinds… 

HE : Ayuh sama-sama kita doakan usaha FGV ini Berjaya…jangan percaya cakap MACAI yang memfitnah macam-macam tentang FGV..mereka bukan ada kredibiliti pun..hanya mainkan spekulasi jer!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA