networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, April 17, 2013

#FGV Untung 165% Tapi Pembangkang Kata Tak Cukup...Gilo!


FGV dikhabarkan akan meraih keuntungan 'durian runtuh' berjumlah RM 57.51 juta sekiranya berjaya melupuskan 20% kepentingannya dalam Tradewinds (M) Bhd. (Tradewinds) sebagaimana dihasratkan baru-baru ini...

Ceritanya macam ni, FGV mempunyai 20% kepentingan dalam Tradewinds. Jadi pada tahun 2010, Sykt perladangan tersebut telah membeli 20% kepentingan dalam Tradewinds Grenfell Holdings Sdn Bhd dengan nilai RM 3.50 sesaham iaini RM 207.613 juta..

Pelupusan ini bakal membolehan FGV mencatatkan premium sebanyak 165% hasil pelaburan hanya 3 tahun sahaja yang dibuat dalam Tradewinds dan sekali gus akan menambah himpunan tunainya yang berjumlah RM 5.25 billion pada suku ketiga terakhir 2012...

Macam biasa..puak-puak Pembangkang akan bertungkus lumus untuk menolak kebenaran dan cuba menerapkan persepsi songsang terhadap keuntungan yang dicatatkan ini..mereka melaporkan bahawa harga tawaran sangat rendah dan sepatutnya boleh mendapat keuntungan lebih banyak..

Nilah namanya budaya tamak membuta tuli..bila dah bodoh tu diam-diam....mereka sebenarnya kutuk FGV kerana FGV ni milik FELDA dan FELDA mempunyai ramai pengundi...cuba kalau pasran saham yang tidak mempunyaii ramai pengundi..mati balik hidup pun pembangkang tak heran..

Hakikatnya, Tradewinds tidak dinilai tinggi di pasaran...

Pengerusi FELDA dalam satu kenyataannya di media berkata :

"keputusan FGV untuk menjual kepentingannya dalam Tradewinds pada harga RM 9.30 sesaham adalah satu keputusan yang wajar..keputusan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa atau memberi manfaat kepada individu tertentu ataupun syarikat...

Kami memutuskan mahu melupuskan saham itu kerana merasakan harga yang ditawarkan adalah adil tetapi pengkritik hanya melakukan apa yang mereka bagus iaitu mengkritik."

HE : Biasalah..bila dah maju tu ada je jer yang nak sakit hati..bagi aku orang yang kritik FGV ni hanya nak dapatkan undi...saham lain mana ada pengundi...silap-silap saham Berjaya kalau ada ramai pengundi pun akan jadi mangsa kritikan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA