networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, April 28, 2013

Husam, Pas & Fitnah Berpisah Tidak! Jaga Mulut Dulu Sebelum Masuk Putrajaya!!! @TengkuAdnanReal @TunFaisal

1) Fitnah Rumah Allah Tiada Azan Dan Jemaah Masjid Dipecat


2) Fitnah Kematian TKP Kastam Kerana Rasuah...



Hishammuddin Bidas Husam Berhubung Kenyataan Mengenai Pembunuhan TKP Kastam

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Datuk Husam Musa kerana mendakwa pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu.

Husam katanya patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai Kastam tersebut dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman di sini Sabtu.

Husam dikatakan membuat kenyataan itu pada ceramah di Putrajaya pada Jumaat.

Shahahruddin, 58, meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas ditembak tiga kali dari jarak dekat di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Presint 3 di Putrajaya semalam.

Serangan dilakukan oleh dua lelaki bermotosikal.

Hishammuddin mengingatkan pembangkang agar tidak mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.

Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut.

HE : Fakta - Husam seorang pemimpin yang pembangkang yang typical- biadap, sombong, opportunis, tak bertanggungjawab, mangkuk hayun, cekik darah, kaki fitnah...haha!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA