networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, April 16, 2013

MALAPETAKA Tangan Khalid Beku CAPEX dan Gagalkan Langat 2 Sudah Dirasa!!!Ratus Ribu Rakyat Selangor Terputus Bekalan Air..#IsuAirSgor


Apalah nak jadi dengan nasib Khalid Ibrahim ni..walaupun sudah membubarkan DUN Selangor..tapi tahi dan palitnya rakyat yang rasa sehingga kini...

Sudah-sudahlah Khalid dan PKR Selangor..banyak benar kerosakan yang telah anda lakukan..kelmarin, 10,000 penduduk Pangsa Sri Penara di parlimen Khalid Ibrahim Bandar Tun Razak merana akibat krisis air yang berulang buat kali kedua...bayangkan betapa banyaknya dosa yang harus ditanggung Khalid kerana kegagalannya menjaga kebajikan rakyat seramai 10,000 ni..

Masalah pokoknya ialah dia dengan kejam dan tak perikemanusiaan tak mahu meluluskan projek Langat 2 di Selangor..baginya Selangor tak ada masalah air..kepala hotak dia Selangor tak ada masalah air..abis tu ni apa?buta ke?

Patutpun penduduk di sini meradang sebab Khalid langsung tak pernah lawat kawasan ni bila hadapi krisis air..nilah padahnya pilih orang yang salah..isu sejagat pun hendak dipolitikkan...tak sudah-sudah mahu struktur semula!!!

Kalau sekali percubaan gagal tak apa!!ni dah masuk kali ketiga!!kesemua perbincangan penstrukturan semula gagal..sudah tahu gagal tu carilah langkah lain untuk atasi masalah air bersih di Selangor..ini tidak...aku betul-betul hairan..apa salahnya dia meluluskan projek Langat 2 di Selangor..bukan luak pun kantung duit poket Khalid dan kroni Pakatan Rakyat Selangor!!!

Penstrukturan semula air di Selangor hanya mampu ubah pengurusan jer..tapi masalah air Selangor tetap berlaku..ini kerana masalah utama di Sini adalah kekurangan air bersih dan terawat..loji sedia ada tak cukup menampung permintaan yang semakin bertambah..aku kesian sungguh dengan nasib rakyat Selangor..baru merintah 5 tahun..punah ranah Selangor dibuatnya!!!


Air asik tak ada...bayangkan kalau korang hadapi masalah seperti ni..dahlah duduk rumah bertingkat-tingkat...nak mandi lagi.nak masak...nak cuci baju...semua tu perlukan air..bila rakyat mengadu masalah ni..jawapan Khalid dan kroni Pakaan Rakyat ialah ini semua salah SYABAS, UMNO Barisan Nasional!!!bukannya nak selesaikn isu..tapi transfer isu kepada pihak lain..rakyat mahu masalah ni selesai!!

Dah tahu nyawa dihujung tanduk!!!tau pula suruh diberi peluang kedua untuk laksanakan penstrukturan semula..aku kata tak payahlah rakyat Selangor menjudikan nasib korang untuk 5 tahun akan datang..kalau percubaan pertama Khalid untuk struktur gagal..kita sebagai rakyat bolehlah consider dengan beri peluang kedua..tapi ni dah 3 kali perbincangan untuk struktur semula..semuanya gagal!!

Bila dah terdesak boleh pula kata nak ambil alih Syabas dulu..lagi 3 konsesi kemudian..kesian kat SYABAS, tak sudah-sudah dituduh punca masalah ni berlaku...SYABAS hanya pihak yang uruskan air jer..SYABAS dah kata yang air bersih kurang..tapi puak Khalid langsung tak ambil endah..depa kata Selangor cukup air!!air sungai Klang ke? 

Baru-baru ni, bekalan air terputus di Parlimen Khalid Ibrahim, Bandar Tun Razak...2,700 unit rumah kawasan tu tak ada air..kemana pergi Khalid? tak sudah-sudah berpolitik nak menang PRU..ni isu air di Selangor berpunca daripada dia..dialah yang bekukan CAPEX Syabas...adakah Khalid sudah lupa? SYABAS dah kata kebocoran paip dan peningkatan NRW adalah kerana sistem paip usang harus dibaiki..sebab itulah SYABAS buat permohonan CAPEX..tapi apa yang Khalid buat adalah membekukan permohonan tu..ish3!!!

Macam biasa...Pakatan akan alih isu ni dengan menuduh SYABAS dan Barisan Nasional...Bendahari Agung PKR , William mendakwa masalah air yang berlaku ni adalah berpunca daripada kecuaian SYABAS...paip pecah dijadikan modus operandi untuk menyalahkan SYABAS gagal mengurus air...nilah namanya bangang...kalau Pakatan Rakyat Selangor tak bekukan CAPEX Syabas sudah pasti SYABAS akan membaiki paip di Selangor..

Tapi apakan daya..CAPEX dibekukan atas alasan nak struktur semula...Puihlah sama Struktur semula..tu modal politik jer!

YB Pakatan ni juga mengakui yang ada terdapat kebocoran paip...antara lokasi yang diakui mengalami masalah paip bocor ialah :
1) Di Gombak pada 21 Februari 2012, menjejaskan 18,000 orang pengguna.
2) Di Hulu Selangor pada 29 April 2012 juga sebuah paip air juga didapati pecah menjejaskan 12 buah kampung 
3) Di Shah Alam pada 16 Oktober 2012 juga paip pecah menjejaskan 113,000 orang pengguna...

Kalau sorang 2 yang alami masalah ni tak apa..ni ratus ribu beb..kalau Khalid dari dulu lagi luluskan CAPEX dan Langat 2 sudah pasti masalah ni tak berlaku..tapi Khalid ni sikapnya macam Abu Jahal..degil nak mampus!!!tak sudah-sudah nak struktur semula..tapi harga tak padan nak ambil alih..


Isu kerosakan rumah PAM..itu semua berpunca daripada kegagalan Khalid mendengar nasihat SYABAS bahawa air di Selangor memang tak cukup..jadi kedegilan Khalid untuk percaya dan luluskan projek Langat 2 menyebabkan pam tersebut terpaksa mengepam melebihi tahap kemampuannya bagi menampung permintaan air setiap hari.

HE : Bila rosak SYABAS pula dituduhnya..memang tak patut bukan!!!tak percaya..kita tunggu BN pulak merintah..Langat 2 operasi...Capex Syabas lulus..rakyat Selangor hidup aman sentosa...ini comfem!!!

1 comment:

Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim said...

Salam kepada semua,

Saya ingin berkongsi ilmu pengetahuan dengan anda semua tentang sistem perbekalan air di Lembah Kelang serta projek Langat 2.

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA