networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, April 26, 2013

Masyarakat Cina Muar Sedia Sokong BN #P146 @RazaliIbrahim


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memimpin negara dengan mewarisi mandat perdana menteri terdahulu sudah membuktikan keupayaannya menerusi pelbagai program transformasi di seluruh negara.

Justeru itu, pengundi Cina di negara ini disaran menunjukan sokongan mereka kepada Perdana Menteri dengan undi jika berasakan najib pemimpin terbaik bagi negara ini untuk lima tahun lagi.

The Malaysian Times (TMT) difahamkan, Razali berkata walaupun Najib belum mendapat mandat daripada rakya,t beliau sudah membuktikan mampu memberi kebaikan kepada rakyat dalam tempoh empat tahun yang lalu. Apatah lagi jika beliau diberi mandat pada pilihan raya umum kali ini, sudah tentu beliau akan berbuat lebih baik lagi untuk rakyat.

"Pada pilihan raya umum 2008, rakyat memilih kerajaan yang diketuai oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi). Jadi kalau rakyat kata beliau (Najib) sudah bagus, berilah mandat kepada BN pimpinannya kali ini," kata Razali semasa berucap pada majlis ramah mesra dengan kaum Cina di sini malam semalam.

Menurut Razali, kesediaan Perdana Menteri meminta maaf kepada rakyat ketika membentangkan manifesto BN baru-baru ini juga membuktikan Najib sedar sebagai manusia dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. -TMT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA