networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, April 11, 2013

Menjelang #PRU13 - Lagi Penipuan Mazlan Aliman Tentang Saham Genting-FGV Terdedah...

Mazlan Aliman kantoilah lagi...rakyat FELDA sekarang ini semakin hari semakin menyampah dengan kerenah Mazlan Aliman...dimaklumkan sekarang ini, segelintir masyarakat FELDA yang dahulunya penyokong totok PAS kini sudah menjadi pengundi kategori atas pagar atau kelabu...

Ini perkembangan yang amat menarik...dulu yang tak mahu terlibat langsung gotong-royong memacak bendera BN sekarang golongan totok ini sudah mula tunjuk diri ketika sahabat-sahabat jiran tetangga bergotong royong memacak bendera BN...

Hendak tolong mungkin mereka rasa segan..yang pentingnya ini adalah satu perubahan yang amat baik...perasaan benci kepada PAS sudah ada itu udah cukup..sayang kepada BN boleh disemai sedikit demi sedikit..yang penting pangkang BN...

Bukan untuk menghina golongan yang boleh digelar totok PAS...tapi ini adalah signal penting buat Mazlan dan cacai-cacainya yang lain...penyokong PAS dulu sudah mula sangsi dengan perjuangan Mazlan Aliman...aku minggu lepas berjumpa rakan di Pengerang..alangkah terperajatnya bila masuk kawasan Felda Air Tawar ni...

Reputasi BN di sini memang tidak boleh dinafikan lagi...komfem menanglah siapa yang bertanding...cabaran dari Pakatan?

Ada...bukan tak ada...kita tak perlu tanya pun boleh tahu...lihat jer batang-batang bendera yang dipacak..hasil perkiraan aku secara rawak...jika bendera BN 200 batang..bendera pakatan adalah dala 2-3 batang..tu oklahkan daripada tak de langsung...



Baru-baru ini pembangkang seperti biasa menjalankan rutin harian mereka dengan menabur racun di minda peneroka Felda dengan mendakwa kononnnya 400 juta unit atau 12% saham FGV dimiiki Genting BHD..bila mana sudah dikaitkan dengan genting maka...mereka pun merapulah hasil Felda adalah haram..maklumlah Gentingkan ada pusat perjudian...

Biasalah puak pembangkang..kalau tak buruk-burukkan tu bukan pembangkang...biasalah orang tengah GENTING memang akan lakukan apa sahaja...info tahu sedikit tapi merapu lebih-lebih.inilah akibatnya...fitnah dan rekayasa...

Fakta yang sebenarnya berlaku adalah :

1) Semasa proses pra-IPO telah membuktikan yang tiada saham diperuntukkan kepada Genting BHD ..
2) Apabila saham diperdagangkan di pasaran terbuka, sesiapa pun yang layak boleh memilikinya..jika berlaku jual beli, itu adalah antara penjual dan pembeli, tidak melibatkan FGV pun..jika MAZLAN ingin membeli saham ketika itu pun boleh...
3) 400 juta unit itu sama dengan 12% saham FGV. Bursa Malaysia telah menetapkan mana-mana pemilik saham baru melebihi 5% kena umum di laman Pengumuman Bursa Malaysia.
4) Sekiranya Genting memiliki 12%, ia kena hantar notis kepada FGV dan FGV akan buat pengumuman. Sehingga sekarang tiada notis difailkan oleh Genting kepada FGV..bagaimana pula puak-puak haram ini boleh mengatakan hasil FELDA haram sedangkan GENTING tak ada pun hantar notis...
5) Sebetulnya, pembangkang iri hati dengan prestasi saham FGV menjadi rebutan di pasaran kerana ia membuktikan keyakinan pelabur kepada FGV. Felda an Kerajaan....

HE : Sia-sia hidup..dapat dosa kering macam tu jer...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA