networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, April 7, 2013

Nik Aziz Punyai Ciri-Ciri Seorang Mur*ad?#HaramUndiPAS..


Pengerusi Minda Pondok Pondok Negeri Kelantan, Zainal Abidin Awang mencabar Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat ekoran banyak kenyataan pemimpin Pas itu yang semakin pelik dan salah.

Katanya, sejak dua tahun lalu beliau telah membuat cabaran terbuka untuk berdebat dengan Nik Abdul Aziz tetapi setakat ini Mursyidul Am Pas itu hanya membisu dan tidak memberikan sebarang reaksi.

Menurutnya, Minda Pondok turut mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tujuan sama tetapi ternyata cabaran yang dibuat walaupun dinanti jawapannya masih tidak berjawab.

“Minda Pondok mahukan Nik Abdul Aziz sendiri untuk berdebat kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas itu sejak akhir-akhir ini ternyata semakin banyak mengelirukan masyarakat Islam di negara ini, “ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah Pilihan Raya Umum (PRU) 13 : 7 Dalil Haram Sokong Pas di Dataran Jerteh Souq dekat sini malam tadi.

Ceramah yang berjaya menarik lebih 3,000 orang itu turut mengupas mengapa masyarakat Islam perlu menolak Pas dan parti pembangkang pada PRU ke 13 yang bakal tiba tidak berapa lama lagi selain menjelaskan isu-isu semasa.

Zainal Abidin berkata, Pas telah tersasar jauh dari landasan sebenar dan keadaan itu memaksa Minda Pondok untuk melancarkan gerakan menyedar dan menyelamatkan ahli-ahli Pas denagn cara memberikan penerangan dalam pelbagai bentuk.

Mengenai kenyataan terbaru Nik Aziz bahawa solat orang UMNO tidak diterima Allah dan peroleh pahala, Zainal Abidin berkata, walau seribu kali Nik Aziz berkata demikian tetapi hanya Allah yang berkuasa menentukan dan bukannya Nik Aziz.

“Dia (Nik Aziz) kata UMNO tolak Islam tetapi pernahkan seorang pemimpin UMNO berkata langkah mayat aku terlebih dahulu baru boleh laksanakan negara Islam dan begitu juga pernahkah pemimpin UMNO kata hukum hudud adalah 0.0001 dalam Islam, “ujarnya.

Tambahnya, ekoran itu pihaknya (Minda Pondok) akan terus berceramah untuk memberitahu masyarakat Islam tentang apa yang tidak benar dan kesalahan yang dibawakan oleh Pas dengan harapan masyarakar sedar keadaan sebenarnya.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA