networkedblogs

Bersahabat..

UMNO - BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Thursday, April 4, 2013

PANAS!!! 10 Calon Pakatan Tiada Kredibiliti Didedahkan...Kalah Sebelum Bertanding!!!

Calon PAS Adun Selising, Saipul Bahrin Mohamad
Faktor kekalahan : Isu Moral. Bukan pilihan akar umbi.


Calon DAP Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
Faktor kekalahan : Akar umbi tidak mengenali, baru masuk DAP terus menjadi calon. Kawasan asal beliau ialah ADUN Pulau Manis. Bekas Ketua Penerangan UMNO Pekan yang terbuang. Ideologi perjuangan beliau dalam DAP dipertikai banyak pihak. Tiada kekuatan jentera penggerak.



Calon PKR Parlimen Bagan Serai, Dr. Mohd Nor Manuty
Faktor kekalahan : Tiada sokongan akar umbi. Bekas ahli Parlimen di kawasan tersebut Mohsin Fadzli Samsuri telah bertindak keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen bebas. PKR kawasan Bagan Serai lumpuh tiada jentera sokongan.


Calon PKR Parlimen Sabak Bernam, Dr. Abdul Aziz Bari
Faktor kekalahan : Tiada sokongan akar umbi, tiada pengalaman sebagai wakil rakyat dan ahli politik. Baru menyertai PKR terus menjadi calon. Tiada kekuatan jentera penggerak.

Calon PAS Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan at-Tantawi
Faktor kekalahan : Difahamkan tiada sokongan daripada akar umbi dan jentera PKR di kawasan tersebut. Temerloh merupakan kawasan PKR, PRU yang lalu calon ahli parlimennya adalah daripada PKR.


Calon PKR Parlimen Johor Bahru, Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein
Faktor kekalahan : JB merupakan kubu kuat UMNO dan Jeneralnya ialah Dato' Shahrir Abdul Samad. Tan Sri Hashim tiada jentera kuat akar umbi di sana. Kurang dikenali dan tiada pengalaman politik. Peperangan di medan politik jauh lebih sukar daripada peperangan di dalam hutan. 


Calon PAS Parlimen Baling, Brig-Jen (B) Datuk Najmi Ahmad
Faktor kekalahan : Sejarah Parlimen Baling adalah saling bertukar tangan antara PAS dengan UMNO. Ia bukan kubu kuat mana-mana parti politik. Ia kawasan sentimen. 1999 -PAS, 2004-UMNO dan 2008-PAS. Mengikut keadaan sekarang, jika UMNO meletakkan calon yang tepat dan diikuti gelombang perubahan politik di Kedah, Datuk Najmi InshaAllah tewas. 


Calon DAP Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang
Faktor kekalahan : Dikenali sebagai wakil rakyat yang tiada kawasan sendiri. Sepanjang menjadi ahli parlimen, beliau sering bertukar-tukar kawasan. Dari Bandar Melaka ke Kota Melaka, kemudian ke Petaling Jaya, kembali semula ke Kota Melaka, kemudian ke Tanjong dan Ipoh Timur. Kini mencuba nasib di Gelang Patah, kubu kuat BN. Rakyat Johor menolak beliau.


Calon PAS Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub
Faktor kekalahan : Parlimen Pulai merupakan kubu kuat UMNO dipimpin oleh Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed. Salahuddin tidak mempunyai kekuatan akar umbi di kawasan tersebut.


Calon PKR Parlimen Indera Mahkota, Fauzi Abdul Rahman
Faktor kekalahan : Parlimen ini merupakan milik Azan Ismail (PKR) yang menang tipis iaitu 1027 mengalahkan calon UMNO dalam PRU ke-12 yang lalu. Difahamkan akar umbi PKR masih mahukan Azan Ismail sebagai calon dan kurang menyenangi Fauzi. Fauzi juga dikatakan tidak mempunyai kekuatan jentera di kawasan ini.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA