networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, April 15, 2013

Panas!! Penipuan Tahfiz Eksploitasi Kanak-Kanak Terbongkar!!! Mohon @PDRMsia Siasat!!!

Beberapa minggu yang lalu, aku baru sahaja keluar dari balai ketibaan selepas kembali dari Singapura. Dalam perjalanan pulang, aku berhenti di sebuah restoran di Seremban. Sudah lama aku tak makan di situ. Sedang aku menjamu selera, aku di datangi seorang budak lelaki yang aku rasakan usianya sekitar 10 atau 12 tahun.

Budak : Assalamu alaikum Pakcik. Harap dapat beramal dan beri sumbangan untuk Pusat Tahfiz.

Aku melihat budak itu. Sambil tersenyum dia menunjukkan buku resit bagi setiap sumbangan yang diberi oleh orang ramai. Aku tenung wajah budak tersebut.

Aku : Datang dari mana ?

Budak : Dari Kedah. Saya datang buat jualan amal, kutip derma.

Aku : Jauuuuhhhnyaaaaa. Ni Seremban taw dik. Kedah ke Seremban ni, dekat 600km. Apasal sampai jauh sangat adik kutip derma. Orang Kedah sana takkan bakhil bakhil tak mahu beri sedekah ?

Budak : Kami kutip derma banyak tempat pakcik. Kedah ada juga.

Aku : OooooOoooo. Adik kutip derma apa ?

Budak : Kami kutip derma untuk sekolah tahfiz kami di Kedah.

Aku : OooOoooo ... ishhhh ..... sekarangkan musim budak-budak sedang bersekolah, bukan musim cuti. Apasal adik tak masuk kelas belajar ?

Budak : Kami sekolah swasta pakcik. Kami tak ikut sistem sekolah kerajaan.

Aku : Isshhhh adik ni. Nak buat lawak lak. Sekolah swasta pun, kena apply permit dengan Kementerian Pelajaran dan kena ada sistem belajar dan ko-kurikulum. Ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?

Budak : Kami sekolah tahfiz pakcik. Kami belajar Al Quran saja.

Aku : Oh ye ke ? ermmmm ... OK laaa ... memandangkan awak ni belajar sekolah tahfiz ... Pakcik nak baca ayat Al Quran, lepas tu nak suruh awak sambung ayat tu OK ....

Aku pun membaca 3 ayat dari surah Al Baqarah dari ayat 20 hingga 23.

Aku : OK adik , sila sambung ayat yang pakcik baca tu. Kalau belajar tahfiz, tentu boleh sambungkan ?

Budak tu dah cuak. Wajahnya dah pucat. .... Ermmm ... ermmm ... Saya belum hafal surah tu lagi pakcik.

Aku : Isshhh ... itu surah Al Baqarah, ayat 20 hingga 23. Takkan awak tak hafal ? sekali lagi saya nak tanya, sekolah awak ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?

Budak : Sekolah tahfiz pakcik. Kami mula baca dan hafal muqaddam saja.

Aku : OK, kalau macam itu, cuba baca surah As Syams. pakcik nak dengar.

Budak tu semakin pucat ...... Saya belum hafal lagi pakcik.

Aku tak puas hati. Aku pegang tangan budak tu agar dia tak lari ..... OK kalau macam tu, tolong baca surah Al Fatihah ...

Budak tu terkedu. Perlahan dia baca Surah Al Fatiha sampai habis.

Aku : Astaghfirullahalazim. .... Awak baca Al Fatihah pun tak betul. Makhraj Siin dengan Shad tak betul, tajwid lintang pukang. Sekali pakcik nak tanya, sekolah adik ni sekolah Tahfiz atau sekolah Tipu ? Sebelum adik jawab pakcik nak ingatkan. Orang yang menipu, ALLAH akan humban dalam api neraka. Kalau adik nak menipu, siapkan diri adik untuk masuk neraka.

Budak tu dah menangis ... tak terjawab.

Aku : Adik nak masuk neraka ?

Budak tu geleng kepala.

Aku : Sekolah ni sekolah tipukan ?

Budak tu angguk kepala.

Aku : OK nanti adik bagitahu Ustaz, cakap Pakcik TAIKO pesan, takutlah dengan neraka ALLAH. Orang yang berdusta atas nama agama,mereka adalah orang munafik dan tempatnya lebih hina dari orang kafir di neraka.

Berikut adalah maklumat berkenaan Pusat Tahfiz Amal yang aku perolehi dari resit budak tu :

Pusat Tahfiz Amal

Km. 17. Jalan Yan Kuala Kedah

Mkm. Kangkong

06600 Alor Setar,

Kedah.

No. Telefon : 04-7647640 / 019 3893544

Bila aku google berkenaan Pusat Tahfiz Amal ni, rupa-rupanya sudah banyak kes. Tapi aku hairan mengapa pihak berkuasa KHUSUSNYA DI KEDAH tidak mengambil tindakan.

Antara aduan dan rungutan yang aku temui ialah :

1. Pusat Tahfiz Amal ? http://penaummi.blogspot.com/2011/04/pusat-tahfiz-amal.html

2. Guru Pusat tahfiz Ditangkap http://www.mazidulakmal.com/2011/08/guru-pusat-tahfiz-ditangkap.html

3. Pelajar Kutip Derma http://www.info-gallery.org/2012/01/peralat-pelajar-kutip-derma-main-perlu.html

4. Peminta Derma http://ummi-iman.blogspot.com/2012/04/peminta-derma.html

5. Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja http://ondscene.my/isuanalisis/pusat-tahfiz-pergunakan-remaj

6. Paksa Anak Yatim Cari Dana http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

7. 4 Guru Ditahan Jual Nama Anak Yatim Untuk Raih Simpati http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Seandainya operator Pusat Tahfiz Amal ini ada membaca posting aku ni, aku menyeru kepadanya agar bertaubatlah. Mempergunakan agama serta memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan wang ringgit adalah satu perbuatan yang BUKAN dari ajaran Islam. Malah perbuatan Pusat tahfiz Amal ini menjadi fitnah kepada Pusat Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang sebenar kerana masyarakat akan meragui aktiviti pusat tahfiz/anak yatim yang sebenar.

Tulisan ini tiada Copyright. Sila sebarkan jika ada manfaat demi menyedarkan masyarakat agar tidak timbul fitnah ke atas Ma'had Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang benar-benar menjalankan operasi berlandaskan syariat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Anonymous said...

Betul tu admin..aku pernah beli madu sakti dari dia org ni. Mazidul punya ada bongkar kisah dia org ni jugak. Nak jadi citer, minggu lepas aku balik Perak. Masa di atas highway, singgah di tempat rehat, ada budak pompuan ni nak minta derma dan jual barang brand'Sakti' ni.

Sama mcm admin, aku soal adik tu mcm2. Dia kata brg2 tu spt Blam gosok, madu tu di bagi oleh syarikat tu pada sekolah tahfiz tu utk di jual. Dia kata syarikat tu milik seorg jutawan. Dia kata dia umo 17. Abis adik tahun ni SPM kan? aku tanya dia, jadi bila adik nak ulang kaji? Dia kata siang. Masa aku singgah kat situ, waktu tu dah pukul 11 mlm. Kalo di ikut, nk blk ke Alor Star dari tmpt tu, kurang2 nak ambil masa 3 - 4 jam.

Yg aku cuak, silap2 budak2 ni blh kena 'ROGOL' senyap2 kat mana2 pun. Aku akui, mmg dia org ni tipu budak2 ni hidup2. Kalo tanya budak2 ni, ckp dia org mcm dah di ajar. Dia org kata sambil belajar, dia org di ajar berniaga.. Aku kata, berniaga lain dik, minta derma lain dik.. Ini mereka mengajar adik minta 'sedekah' sbb nati adik tak belajar, mcm mana masa depan adik ? Dia senyap..Bila aku ckp nk gerak dah, muka dia dah lain, terus jln gi masuk toilet..Bahaya betul Puak2 topeng Islam ni..

aufa said...

siannya budak tu.... memang tak patut la...dah salah gunakan nama sekolah tahfiz. lama2 takda sapa percayakan tahfiz dan hafizah. pihak berkuasa pun tak ambik tindakan. mgkin takda org yang betul2 ambik port kot..... mgkin siapa yang pernah kene kat luar tu buat laporan polis sekali lagi. bab benda ni sindiket. kalau kita tak bantu polis, siapa yang boleh bantu kan? harap org yg salah guna tu tertangkap jua ahernya

Anonymous said...

UTK makluman semua RAJA SAKTI ni sbnrnya adalah AL-MANSUR yg dah di haraman kjaan krn merekrud bdk2 jual merata tmt khasnya ank2 yatim.raja sakti ni tak dak kja lain melainkan suruh bdk2 ank yatim ni jual ubat2 di seluruh mysia.dia yg kaya raya.hangpa smua nak tau umah dia bleh p ke ampangan beris di SIK KEDAH.Umah dia dok atas air kira hebatlah...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA