networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Monday, April 8, 2013

PANAS!!!DAP Tawar Calon Bidang Terjun Punca Ahli Bertelagah Sesama Sendiri?! #PRU13 #TolakPR #UndiBN!!!


Perbalahan dan perebutan kuasa dalam parti Pakatan Rakyat memang berlaku kerana mereka masing-masing berkiblatkan gila kuasa untuk memerintah..matlamat mereka hanya untuk menang PRU 13...manifesto pergilah mampos kerana prinsip manifesto bukan janji harus ditegakkan!!!

Kesepakatan memang hanya pada nama..dari pucuk pimpinan hingga cacai bawahan semuanya bermasalah...nak cari calon PM pun tak tahu siapa..dia tak mahu Anwar..dia mahu Hadi Awang...Karpal ada hati..Kit Siang pun tak terkecuali...

Semua mahu rasa kerusi PM kerana nama bukan kerana rakyat...beza dengan BN..bila ditanya semua ahli siapakah calon PM..semua barisan jawab NAJIB RAZAK...

Janganlah nak sembunyikan sangat!!PAS bukan suka sangat Anwar Ibrahim..mengaku jelah.janganlah menipu diri sendiri...

Jom baca berita masalah dalaman DAP sebab calon Bidang Terjun yang telah diterjemahkan...


China Press 
Perkara: dalaman DAP berbalah? 
Ruangan: negeri Johor m/s C05 
Tarikh: 4 April 2013 (Khamis) 

Bantah calon payung terjun DAP semakin meningkat 

Bawahan ahli DAP Bekok, Labis bertelagah 

3hb Labis, ahli bawahan DAP rasa tidak puas hati kerana calon kerusi Parlimen Labis didatangkan dari calon payung terjun, dijangka bantahan semakin kuat dan meningkat! 

Pada hari Sabtu lepas lebih 50 ahli DAP Chaah dari kalangan pelbagai kaum semasa adakan ceramah politik membuat kacau menaikkan kain rentangan bantahan, walaupun pemimpin DAP sepatutnya mahu halakan sasaran untuk menghentam BN, apa yang China Press lihat dari segi maklumat itu, disebabkan isu pencalonan telah menyebabkan dalaman DAP berbalah sengit. 

Mengikut maklumat, pemuda DAP membantah pencalonan itu kerana tidak dapat restu dari jawatankuasa gabungan DAP negeri Johor, buat masa ini mereka melancarkan penapaian bantahan berkaitan langkah-langkah itu. 

Kempen itu dilakukan sekumpulan orang yang sama 

Bekas senator DAP negeri Selangor Dr Ramakrisnan dan timbalan pemuda DAP kebangsaan Lim Eng Guan, pada 2 tahun lepas telah mengadakan aktiviti di kawasan peti undi di situ, mengikut laporan dari gabungan DAP negeri Johor, jika tidak ada halangan mereka berdua masing-msing akan bertanding di kerusi Parlimen Labis dan kerusi DUN Bekok. 

Kain rentang itu tertulis “We Want Lim Guan Eng But Not Lim Eng Guan”, dengan jelas mereka datang untuk menghentam Lim Eng Guan. 

Oleh kerana pihak bawahan DAP telah memilih calon bertanding untuk DUN Bekok datangnya dari Chaah, sebab itu ceramah politik pada malam tersebut yang di Chaah menyebabkan pemuda-pemuda DAP membantah dan rasa tidak puas hati, mereka lakukan tunjuk perasaan disasarkan kepada Lim Eng Guan. 

Selain dari tindakan itu, pada 19 Februari juga ada orang di Labis, Bekok dan Chaah menaikkan kain rentang terpapar perkataan “kami mahu calon dari kalangan orang Cina di Parlimen Labis”, selepas itu kain rentang tersebut diturunkan segera oleh DAP. 

Mengikut maklumat dari ahli bawahan DAP, tindakan seperti di atas itu adalah dari sekumpulan orang yang sama. 

Terjemahan: 
Sulaiman Koh Abdullah 

HE : Tak payah gaduh-gaduh...keluar jer parti tu..Undi BN..selesai masalah...haha

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA