networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, April 30, 2013

PAS & PKR Berbalah..DAP Tepuk Tangan?


Pemuda Pas Pulau Pinang menuntut permohonan maaf calon PKR Dun Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin berhubung dakwaannya cuba dipukul oleh Pemuda Pas dan anggota Unit Amal Pemuda Pas pada hari penamaan calon, 20 April lalu.

Pemangku Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Norazman Ishak berkata, mereka menuntut Badrul atau dikenali sebagai Chegu Bard supaya mengemukakan bukti mengenai dakwaan beliau, anak dan isterinya cuba dipukul di hadapan Dewan Serbaguna, Jawi pada hari berkenaan.

“Kita minta dia kemukakan bukti dan buat laporan polis jika ini benar. Jangan hanya cakap sahaja, laporkan kepada polis, biar polis siasat.

"Jika gagal untuk berbuat demikian, Pemuda Pas desak dia minta maaf secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya tuduhan liar terhadap Pemuda Pas Pulau Pinang dan anggota Unit Amal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menafikan tuduhan itu kerana hasil siasatan dan penelitian yang dibuat mendapati tiada kejadian pukul atau serangan ke atasnya berlaku seperti didakwa.

Selain itu, tiada kejadian tolak atau serangan terhadap anak dan isterinya seperti yang didakwa malah mereka tiada dalam perarakan penyokong calon pada hari berkenaan.

Menurutnya, pada hari berkenaan, calon Pas Dun Sungai Acheh, Mohd Yusni Mat Piah tiba bersama-sama penyokong kira-kira jam 7.20 pagi dan memenuhi ruang hadapan di sebelah kiri pintu masuk iaitu ruang yang disediakan untuk penyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Petugas keselamatan Pas ketika itu berada di bahagian luar dan mengelilingi kumpulan penyokong calon Pas bagi mengelak dan mengawal provokasi serta tindakan luar kawalan,” katanya.

Beliau berkata, Badrul Hisham tiba bersama calon Dun Sungai Bakap, Maktar Shapie dan calon Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman serta penyokong pada jam 8.40 pagi.

“Mereka datang dan berarak ke arah belakang penyokong Pas. Saya akui, memang ada berlaku sedikit provokasi bila rombongan penyokong PKR cuba merempuh kumpulan penyokong Pas walaupun diminta bersabar. Namun tiada kejadian pukul memukul di situ,” katanya.

Norazman berkata, walaupun berlaku rempuhan, namun ia masih boleh dikawal dengan petugas keselamatan Pas mengarah penyokongnya mengambil ruang sebelah kiri untuk memberi laluan kepada kumpulan penyokong PKR supaya berkumpul di sebelah kanan.

“Kita kesal dengan tuduhan berkenaan yang jelas berniat untuk menyerang dan memburukkan Pemuda Pas Pulau Pinang khususnya ketika pertembungan tiga penjuru ini. Ketika Mohd Yusni dan pasukannya kempen tidak pernah sekalipun menyerang dan memburukkan Badrul Hisham kerana menghormati semangat setia kawan PR dan mematuhi etika akhlak berkempen yang digariskan Islam dan Pas.

“Sehingga hari ini, Pemuda Pas Pulau Pinang belum menerima sebarang permohonan maaf dan bukti atas tuduhan berkenaan daripada Chegu Bard dan penyokongnya,

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA