networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, April 14, 2013

Pembangkang Pening!!!Mazlan Tak Berani Bertanding Di Tenggara & #FELDA Bukti Dia Akan Kalah #PRU13...


Mazlan Aliman kononnya pejuang jihad FELDA dengar cerita takut untuk bertanding di kawasan FELDA...kalau rasa diri tu hebat dan kebal apalagi carilah satu kawasan FELDA untuk bukti KPI ANAK berjaya setelah banyak dana dilaburkan untuk menggerakkan NGO ANAK....

Aku menjangkakan yang Mazlan akan bertanding di Tenggara tapi sangkaan itu meleset sangat...Si Mazlan Aliman ini merupakan YDP PAS Tenggara dan Presiden ANAK...Sepatutnya ada 2 kuota untuk dia kerana dia mempunyai kelebihan di FELDA dan TENGGARA...

Tapi itu tidak berlaku.mungkin kerana dia sedar yang perjuangannya selama ini sia-sia sahaja..cuma blogger pro Pakatan jer yang mengagung-agungkan budak ni...

Dengar khabar timbul sumpah seranah dari ahli PAS sendiri yang mana YDP PAS Tenggara ini tidak bertanding dan hanya mampu menamakan seorang ahli PAS yang baru sahaja bersara, Mohd Said Jonit sebagai calon parlimen Tenggara. Si Said Jonit dengar cerita sudah dipandang enteng oleh rakyat Tenggara kerana dia dikhabarkan orang Simpang Renggam...

Ramai ahli PAS dan peneroka FELDA yang hanya beberapa kerat begitu kecewa kerana harapan mereka mahu melihat Mazlan Aliman bertanding di Kawasan FELDA mahupun TENGGARA musnah!

Malah, Mazlan juga tidak mahu bertanding di Kerusi DUN Pasir Raja yang mana hanya menamakan askar pencen, Lef Kol (B) Nazari Mokhtar sebagai calon. Askar pencen ini juga dikhabarkan adalah anak peneroka Felda Bukit Besar yang masuk PAS sebab gagal dapat tempat dalam UMNO..

Biasalah orang gila kuasa..nak masuk UMNO tak boleh sebab UMNO memang tolak orang yang gila kuasa..jadi parti yang mahukan kuasa seperti PAS pun sanggup kutip si Askar Pencen ni....

Aku yakin yang Mazlan sedar bahawa peneroka FELDA memang menolaknya secara total...hendak masuk FELDA pun kena halau apatah lagi hendak menjadi wakil rakyat...

YDP PAS Tenggara tapi tidak bertanding...jika dilihat secara terperinci..parlimen Tenggara ada 7 Felda..Dalam DUN PAsir Raja ada 4 FELDA..hampir setiap ceramah dia bercakap seolah-olah rakyat FELDA bersamanya...tapi YDP PAS Tenggara ni tak pula bertanding..takut kalah lah tu...

Calon parlimen Tenggara, Mohd Said Jonit yang dinamakan oleh Mazlan Alimen sebenarnya mempunyai rekod buruk di kawasan FELDA...dulunya Said Jonit pernah berkhidmat sebagai CEO Felda Plantation...Sepanjang perkhidmatannya, ramai warga FELDA merunggut kerana banyak kebun tanam semula yang gagal diuruskan dengan baik oleh Felda Plantation hingga menyusahkan warga Felda. 

Tidak hairanlah sekarang ini dia tidak lagi berkhidmat sebagai CEO Felda...

Itu di Parlimen Tenggara, lain pula ceritanya di DUN Pasir Raja...Nazari Mokhtar yang juga dinamakan oleh Mazlan Aliman dikhabarkan bakal hilang wang pertaruhan jika masih meneruskan hajat untuk bertanding di DUN Pasir Raja... Apa tidaknya, sejak Nazari balik kampung, bukan kata orang kampung biasa, Ketua AMK Johor, Zabidi Abas yang juga anak jati Felda Bukit Besar terus menjauhkan diri dari politik pembangkang Tenggara ini.

Kehadiran Mazlan Aliman di FELDA bukannya mampu membuatkan ramai peneroka FELDA sertai pembangkang..tapi makin benci..apa tidaknya..nak masuk FELDA jer kena halau...haha...

HE : Sepatutnya, Mazlan perlu rebut kesempatan PRU 13 ni untuk buktikan KPInya sebagai YDP PAS Tenggara dan Pengerusi ANAK selama ini berjaya...haha...

Pingan Tak Retak..
Nasi Tak Dingin...
Mazlan Tak Nak..
Penggundi Tenggara dan Peneroka FELDA Tak Inggin!!!'

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA