networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, April 25, 2013

Pembangkang Putar Belit Saham #FGV #Felda!Penyenaraian Bising...Saham Turun Bising..Saham Untung Pun NAK BISING!



Masihkah anda ingat bahawa pembangkang melalui ANAK menggunakan pencacai yang pernah bekerja di Bangladesh Dr Rosli yang mana memegang jawatan sebagai Penasihat Ekonomi ANAK telah menyatakan bahawa saham FGV akan jatuh merudum?

Katanya, dalam penjilat rasmi PAS, Harakah yang berbunyi :

Katanya, pendapatan FGV yang bergantung kepada jualan minyak sawit akan jatuh apabila minyak sawit mengalami persaingan dengan bahan ganti lain seterusnya menyebabkan sahamnya juga jatuh. 
Kejatuhan saham ini tegasnya akan membebankan peneroka kerana terpaksa menanggung kerugian bayaran pinjaman bank apabila kadar faedah yang dikenakan lebih mahal daripada dividen yang diperoleh. 
"Majoriti penganalisis pasaran menjangkakan dalam masa terdekat ini harga sawit akan jatuh menyebabkan jangkaan prestasi kewangan FGV akan jadi lemah. 
"Apabila kewangan lemah dividen yang akan dibayar akan jadi rendah dan memberi tekanan kepada harga saham FGV," katanya. 
Beliau menegaskan, jika saham FGV terus jatuh, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad harus bertanggungjawab kerana menyenaraikan FGV ke Bursa Malaysia secara tergesa-gesa. 
"Kita telah mengingatkan pimpinan Felda, Perdana Menteri dan Tan Sri Isa, masa penyenaraian tak kena.  
"Kenapa tergesa-gesa menyenaraikan saham FGV dalam keadaan pasaran saham dunia tak stabil dan dalam keadaan saham negara kita pun tak stabil dan dalam keadaan ekonomi kita pun tak stabil," katanya.
Sudah baca kan kenyataan penuh si penasihat upahan ANAK tu?

Ternyata kenyataan yang dilemparkan hanyalah berniat jahat cuba mewujudkan ketakutan para peneroka Felda...apa yang dikatakan diatas semuanya hanyalah bersifat berat sebelah dan tiada ketelusan mengeluarkan kenyataan...

Mereka sengaja menggunakan modus operandi penganalisis ekonomi bagi mengukuhkan bukti mereka..Namun sehingga hari ini, penasihat ekonomi ANAK dan kesemua penganalisis ekonomi yang mendakwa FGV bakal jatuh langsung tidak tepat...

Ketika kenyataan tersebut dikeluarkan oleh penasihat upahan Anak, memang benar saham jatuh tetapi tidak merudum...untuk pengetahuan pembaca saham FGVH hanya turun sedikit berikutan pengaruh khabar angin yang mengatakan Parlimen bubar pada 22 FEB...maka penurunan sedikit saham bukanlah membuktikan bahawa saham FGVH akan jatuh merudum sehingga mampu membuatkan FELDA BANKRUP dan peneroka rugi...

Pada March 21 lalu, Bursa KL jatuh sebanyak 2.4 %, tahap paling rendah sejak pilihanraya pada 2008 dahulu. Harga saham FGV turun pada RM4.38, pertama kali jatuh dibawah paras harga terbitan RM4.45. Tetapi bukan FGV saja yang jatuh. Pada hari itu harga saham 904 syarikat jatuh termasuk Syariikat besar Axiata, Public Bank, CIMB, Maybank, Sime Darby. Mengapa ketika itu, pekerja bangladesh ini tidak mahu mempertikaikan pasaran saham untuk syarikat lain?

Namun sekarang, prestasi FGV amat memberangsangkan..bila melihat prestasi ini, puak-puak yang dahulunya mengutuk penyenaraian FGV dengan mendakwa akan bankrup sekarang ini pertikaikan pula yang FGV sepatutnya untung lebih besar..kalau dah dasar putar belit tu..tetap putar belit...

Dulu bukan main lagi kata FGV tak bagus sekarang ni mereka pertikaikan pula keuntungan sedikit...Nasihat aku tak payah layan..jika FGV untung besar sekalipun mereka tetap pertikaikan yang FGV ni rasuahlah apa bagai...kalau dah kaki fitnah tu mereka tetap akan cari apa sahaja peluang untuk

Dibawah ini, aku ingin kongsikan bahawa FELDA telah mendapat keuntungan berlipat ganda hasil usaha penyenaraian FGV di Bursa Saham..

FGV dikhabarkan akan meraih keuntungan 'durian runtuh' berjumlah RM 57.51 juta sekiranya berjaya melupuskan 20% kepentingannya dalam Tradewinds (M) Bhd. (Tradewinds) sebagaimana dihasratkan baru-baru ini... 
Ceritanya macam ni, FGV mempunyai 20% kepentingan dalam Tradewinds. Jadi pada tahun 2010, Sykt perladangan tersebut telah membeli 20% kepentingan dalam Tradewinds Grenfell Holdings Sdn Bhd dengan nilai RM 3.50 sesaham iaini RM 207.613 juta.. 
Pelupusan ini bakal membolehan FGV mencatatkan premium sebanyak 165% hasil pelaburan hanya 3 tahun sahaja yang dibuat dalam Tradewinds dan sekali gus akan menambah himpunan tunainya yang berjumlah RM 5.25 billion pada suku ketiga terakhir 2012... 
Macam biasa..puak-puak Pembangkang akan bertungkus lumus untuk menolak kebenaran dan cuba menerapkan persepsi songsang terhadap keuntungan yang dicatatkan ini..mereka melaporkan bahawa harga tawaran sangat rendah dan sepatutnya boleh mendapat keuntungan lebih banyak.. 
Nilah namanya budaya tamak membuta tuli..bila dah bodoh tu diam-diam....mereka sebenarnya kutuk FGV kerana FGV ni milik FELDA dan FELDA mempunyai ramai pengundi...cuba kalau pasran saham yang tidak mempunyaii ramai pengundi..mati balik hidup pun pembangkang tak heran.. 
Hakikatnya, Tradewinds tidak dinilai tinggi di pasaran... 
Pengerusi FELDA dalam satu kenyataannya di media berkata : 
"Keputusan FGV untuk menjual kepentingannya dalam Tradewinds pada harga RM 9.30 sesaham adalah satu keputusan yang wajar..keputusan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa atau memberi manfaat kepada individu tertentu ataupun syarikat... 
Kami memutuskan mahu melupuskan saham itu kerana merasakan harga yang ditawarkan adalah adil tetapi pengkritik hanya melakukan apa yang mereka bagus iaitu mengkritik.
HE : Penyenaraian FGV depa kata membangkrapkan...bila saham turun depa kata Kerajaan zalim..bila FGV meningkat dan memberi bonus interim depa pertikaikan pula keuntungan sepatutnya lebih besar..mana satu ni?

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA