networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, April 14, 2013

Pembayaran Dividen Saham #FGV Resahkan Pembangkang...


Baru-baru ini Lembaga Pengarah Felda Global Venture Holdings BHD (FGV) telah meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 8.5 sen sesaham..Dividen ni adalah tambahan kepada dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham yang dibayar pada 22 Oktober 2012.Pemberian ini akan diberi dalam tempoh masa terdekat ni..

Kesemua dividen pada tahun 2012 menjadi sebanyak 14 sen sesaham. Pembayaran ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 180,000 pemegang saham, termasuk majoriti peneroka FELDA iaitu sebanyak 112,635 orang peneroka yang mana juga menjadi pemegang saham FGV...

Melalui Tabung Amanah Peneroka, semua peneroka akan menerima kira-kira RM 550 setiap orang..daripada divien akhir atas 20 peratus saham yang dipegang oleh Felda yang berjumlah RM 62.02 juta. Ini merupakan tambahan kepada RM 40.13 juta daripada dividen interim 5.5 sen sesaham yang dibayar pada oktober 2012, menjadi jumlah disalurkan kepada Tabung Amanah Peneroka dalam tahun kewangan 2012 sebanyak RM 102.15...

Pembangkang ternyata resah bila para peneroka mendapat hasil daripada saham FGV...apa tidaknya, mereka yang mencanang kata FGV tidak bagus tiba-tiba apa yang berlaku sebaliknya...inilah sifat iblis yang dipunyai oleh Pembangkang..Apa sahaja kelebihan daripada usaha Barisan Nasional ada sahaja hendak diputar belit...

Deviden Interim yang difitnah sebagai tidak sah, haram dan gula-gula PRU sebenarnya adalah adat Syarikat-syarikat dalam Bursa Saham Malaysia...Tidak ada salah pun Dividen Interim diberikan..

HE : Pakatan akan cari apa sahaja ruang dan peluang untuk putar belit cerita sebenar...untung benar jadi warga FELDA...BR1M dapat...DIVIDEN FGV pn dapat...memang sayanglah orang FELDA kepada BN...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA