networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, April 27, 2013

Pemecatan Cikgu Azaman Sebab Bertanding BEBAS Ada Kaitan Dengan Anwar? #Felda #P157 Pengerang


Akhirnya Cikgu Azaman (Bekas Ahli UMNO) yang bertanding mewakili Calon Bebas menentang Calon BN Parlimen Pengerang  P157, Dato' Azalina telah dipecat UMNO kerana menentang prinsip dan peraturan parti..


Walaupun sebelum ini Cikgu Azaman memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Caw UMNO Felda Adela...Tindakan UMNO memecatnya adalah bertepatan dengan apa yang dia lakukan dan ianya sebagai satu peringatan dan hukuman kepada mana-mana ahli Parti yang belot dan melanggar peraturan Parti...Pemecatan ini membuktikan UMNO tidak mengira pangkat dan darjat untuk menjatuhkan hukuman kepada sesiapa mana-mana ahli...yang salah tetap diberi hukuman dan peringatan!

Dengar cakap-cakap orang...Cikgu Azaman bertindak untuk bertanding Bebas kerana mahu menunjukkan dirinya mempunyai pengaruh di Parlimen ini...ada juga yang berkata Si Cikgu Azaman ini menjaja sehingga hari ini bahawa jika menoreh tangan kanannya keluar darah Merah dan toreh tanggan kiri keluar biru..cakap lah apa sahaja...jika sudah melanggar peraturan...tak kira siapa dan setinggi mana pangkat tetap dikenakan hukuman..

Keputusan pemecatannya adalah tersangat wajar bagi menghapuskan serpihan penentang di dalam UMNO...Jika UMNO tidak melakukan perkara seperti ini...maka makin ramailah parasit-parasit di dalam parti ini...

Manifesto Harapan Baru..Undilah Calon Tempatan..
Parlimen Pengerang buat julung-julung kalinya akan memperlihatkan pertandingan 3 penjuru antara antara Dato Azalina (BN), Dayangku Intan (PKR) dan Cikgu Azaman (Bebas) di Parlimen Pengerang...

Perlu diingat...dalam strategi politik...aku tidak menolak kemungkinan bahawa Cikgu Azaman ini adalah agen Anwar Ibrahim yang dihantar untuk memecah belahkan sokongan masyarakat Felda terhadap Barisan Nasional....Anwar sendiri sedar yang Parlimen Pengerang sangat susah untuk ditembusi...walaupun mereka menghantar calon Dayangku Intan..namun Pakatan Rakyat masih tidak percaya dengan kredibiliti calon ini...disebabkan hal inilah Dayangku Intan tidak diberikan dana kewangan yang banyak untuk menjalankan proses berkempen...sebab itulah sekarang ini, dia erat menjalankan kutipan derma tabung untuk berkempen...SINI

Anwar Ibrahim pun tahu yang Mazlan Aliman yang meawakil ANAK gagal untuk memecah belahkan FELDA..selepas banyak dana dperuntukkan kepada ANAK...satu hasil pun tidak ada...malah..masyarakat FELDA makin benci kepada Pakatan Rakyat...Jadi mungkin juga disebabkan hal ini..Anwar menghantar agen dari dalam UMNO sendiri melalui parti bebas untuk merosakkan pemikiran masyarakat FELDA...

HE : Syabas UMNO kerana melakukan tindakan bijak!pangkat dan darjat bukan kasta istimewa untuk lari daripada undang-undang!Ayuh masyarakat Pengerang terukan sokongan kepada calon BN Dato' Azalina!

8 comments:

Anonymous said...

Ayat ni"..aku tidak menolak bahawa Cikgu Azaman ini adalah agen Anwar Ibrahim yang dihantar untuk memecah belahkan sokongan masyarakat Felda.." kalau tak betul fakta ni...jadi fitnah.

Anonymous said...

Kenapa UMNO senang2 melebel beliau sebagai agen Anwar??? Kenapa tak dedahkan punca (dengan bertanya sendiri kepada Cikgu Azaman) kenapa beliau bertindak menentang Azalina??? Atau mungkin ada sesuatu (Kepincangan/masalah lain) yang UMNO sedang atau cuba sembunyikan???

Anonymous said...

Saya sokong cikgu azman ni..septt ye pilih la calon tempatan..

Harapan Esok said...

Kalau tak betul dia agen anwar..abaikan..aku tak menolak...dan aku tak mengiakan

Anonymous said...

uish... betul ke UMNO yg label die agen anwar? bkn statement dr blogger ni sendiri ke?
bukan ke surat UMNO tu tertulis.. pemecatan tu disebabkan Cikgu Azman langgar perlembagaan UMNO.

Anonymous said...

Orang lain tak payah nak sibuk2... aku duk kat felda adela aku tau apa yg berlaku kat sini... Azalina dah 2 penggal jadi YB kat sini, tapi ape kemajuan yang dia buat kat Felda Adela? jarang turun padang amik tau pasal masalah setempat.. Time nak pilihanraya barulah terhegeh2 nak tunjuk muka... cikgu azaman bukan jenis orang yang rasuah macam azalina tuh... rekod bersih. mesra dengan penduduk kat sini... orang2 kat sini lebih kenal dia sebab dia anak peneroka sini... korang wat finah tunggu la balasan korang kat akhirat...

-Warga Felda Kledang-

Anonymous said...

tulis jgn ikut sedap sendiri je "aku tidak menolak bahawa Cikgu Azaman ini adalah agen Anwar Ibrahim yang dihantar untuk memecah belahkan sokongan masyarakat Felda..".cuba tny sndri knp org pengerang na beralih.

Anonymous said...

pecah belahkan apa benda plak admin oi!!! org celik minda dan pandai berfikir dah sedar lama la admin ko dgn pengundi UMNO masih di takuk yg lama. tanah mak bapak dah tergadai pon masih x sedar2... hutang tak habis2.. fikir la sikit jgn ingat tiap2 bulan dapat duit tu dah cukup bagus UMNO tolong... itu hutang yg menjerat leher mak bapak sendiri. FGV melingkup saham 800 unit entah kemana...tak pasal2 tambah hutang lagi.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA