networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, April 9, 2013

Perkara Dirahsiakan Blogger Pembangkang!!!Penipuan Mazlan Aliman Terhadap Akta GSA Act #FELDA Dibongkar!!!


Sudah lama aku tak cerita pasal Mazlan Aliman si pengkhianat nombor 1 FELDA selepas Syaitan dan Iblis yang ditugaskan menyesatkan anak-anak Adam di bumi Allah SWT ini...

Puak cacai makan dedak ini sememangnya terkenal dengan taktik meraih simpati dan mewujudkan suasana berkelahi sesama rakyat semata-mata untuk memecahkan tembok kepercayaan warga FELDA kepada FELDA yang banyak berjasa...

Mazlan seringkali menyatakan bahawa penyenaraian FGV dalam bursa saham adalah tidak bagus..malah Akta Tanah Berkelompok 1960 (GSA Act) juga turut menjadi mangsa untuk memenuhi hasrat nafsu serakah  menghuru-harakan masyarakat FELDA...

Apa itu Akta GSA?adakah ianya seperti penipuan-penipuan Mazlan Aliman ketika menyampaikan ceramah?

Meh sini aku nak kongsi!!!

Akta Tanah Berkelompok 1960 (GSA Act) adalah satu Akta yang digubal untuk memastikan wujudnya keselarasan dan keseragaman undang-undang serta dasar berkenaan usaha untuk membangunkan :

1) kawasan penempatan berkelompok
2) syarat pemberian hakmilik
3) penghunian tanah dikawasan itu
4) perkara yang berkaitan dengannya.

Akta ini memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan melalui Felda untuk melaksanakan kerja-kerja pemugaran dan pembangunan tanah yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri.

Pembangkang melalui ANAK sering mempersoalkan Akta ini dan ada yang mencadangkan supaya Akta ini di mansuhkan. Tahukah kita, apa yang akan berlaku sekiranya Akta ini di mansuhkan?

1) Felda akan hilang fungsi dan kuasanya secara undang-undang. Dalam erti kata lain, Felda boleh ditutup secara rasminya. Kakitangan Felda akan kehilangan pekerjaan mereka.

2) Peneroka bebas untuk menanam apa saja tanaman di tanah mereka. Oleh itu, fokus tanaman kelapa sawit dan getah akan berubah.

3) Kilang-kilang penapisan sawit dan getah akan tutup kerana fokus tanaman sudah berubah.

4) Peneroka akan kerugian dalam jangka masa panjang dan Koperasi Peneroka Felda (KPF) tidak akan dapat memberikan pulangan diveden yang sepatutnya malah akan menanggung kerugian pula.

5) Peneroka juga bebas menjual tanah milik mereka kepada orang luar. Perkara yang sama juga akan berlaku apabila Generasi Muda (mewarisi tanah ini) yang tidak berminat untuk mengusahakan tanah ini juga akan menjualkannya.

Sebenarnya, Akta ini memberikan perlindungan kepentingan untuk banyak pihak yang terlibat. Selain para peneroka, Akta ini merupakan pelindung kepada kepentingan kebajikan kakitangan Felda yang tugas utama mereka adalah untuk memastikan peneroka semua berjaya. Sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan kepada Akta ini, melakukan pindaan serta perubahan kepada Akta ini adalah tindakan yang lebih wajar berbanding memansuhkannya.

HE : Sebab itulah Mazlan Aliman wajar digelar perosak dan penghasut FELDA!!!puih!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA