networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, April 19, 2013

Prestasi Mantap MB Khalid Ibrahim Tidak Mampu Dicabar Sesiapa!!Misteri Yang Aneh!!!haha

Pergh!!!bukan main lagi Shuhaimi Shafiei mengampu Khalid Ibrahim kata si gagap ni sorang pemimpin yang sangat bagus dan dikagumi rakyat Selangor...haha...sekali dengar macam serius..2 kali dengar macam mengampu..3 kali dengar macam satu kejadian misteri sedang berlaku...

Aku tak nampak dimana kemajuan yang telah dilakukan oleh Khalid kepada rakyat Selangor...tengok je kawasan DUN Ijok..rakyat situ dah tak percaya dia...Khalid pun sedar yang perkara ini berlaku..sebab itulah dia tak pertahankan DUN Ijok dan cabut lari ke Pelabuhan Klang...antara alasan Khalid berpindah adalah kerana pengundi dah tak suka dia...bawah ini buktinya...



Dah tweet yang orang tak suka cakap “Tweet ini tidak ditulis oleh saya. Pemalsuan ini berniat jahat”. Kalau selama ini asyik menuding jari ke arah lain bila terserlahnya kesalahan, betul ka ini pemalsuan? Isu air pun dia putar belit!!!   

Dari celah mana pula si Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei kata Khalid Ibrahim tokoh MB yang dikaguni?

Di sini aku berhasrat nak kongsikan ayat si pengampu Shuhaimi:
"Calon muka baru yang cuba ditonjolkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) di Selangor tiada ketokohan sebagai calon Menteri Besar yang boleh menyangi Abdul Khalid. 
“Tidak ada tokoh yang ditonjolkan itu dilihat boleh menghampiri ketokohan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku calon Menteri Besar dari BN. 
“Maksudnya tak ada calon BN yang mempunyai ketokohan sebagai calon MB kalau dibuat perbandingan dengan kotokohan Khalid selaku MB Pakatan Rakyat (PR) sekarang,” katanya kepada TVSelangor.

Nampak betapa kuatnya sikaki kipas ni...kalau hendak disenaraikan memang banyak..tapi cukuplah kita ambil 1 isu rakyat Selangor yang gagal diselesaikan oleh Tokoh pemimpin Khalid Ibrahim.

Khamis lepas telah berlaku masalah air buat kali kedua di yang mana telah menyusahkan 10,000 penduduk Pangsa Sri Penara di Parlimen Bandar Tun Razak...ke mana perginya ahli Parlimen Bandar Tun Razak ni ketika rakyat tersepit dengan masalah ketiadaan air?bayangkan 10,000 penduduk Pangsa Sri Penara ni turun naik tingkat 18 ke bawah semata-mata mahu dapatkan sebaldi air...berapa ramai yang memaki hamun Khalid agaknya...

Kalau tokoh negeri yang disegani Khalid Ibrahim ini tidak membeku CAPEX Syabas dan menggagalkan usaha memberi air terawat melalui projek Langat 2 yang disekat Khalid..sudah pasti rakyat akan teruskan sokongan kepadanya..tap bila diberi kuasa 5 tahun...kezaliman telah dilakukan..Selangor benar-benar hadapi Krisis Air yang sangat kritikal...

Apa peranan Khalid sebagai MB?penyelesaiannya penstrukturan semula?3 kali perbincangan gagal pun masih mampu digelar tohoh MB Pakatan yang dikagumi dunia?kalau macam nilah penilaian pakatan untuk memberikan tokoh pemimpin..ini menunjukkan betapa teruknya level pakatan pembangkang...pemimpin yang gagal itu pun diampu..

Kalau dah kaki kipas tu makanan yang dah tamat tarikh luput pun dikatakan sedap dan fresh..Sudahlah gagal menyelesaikan air Selangor..lepas tu buat muka tebal rayu supaya diberi kepercayaan sepenggal lagi untuk selesaikan masalah air ni..memang sudah tiba masanya rakyat Selangor membukakan Khalid Ibrahim pintu kekalahan untuk PRU kali ini...

Aku sarankan Pakatan Rakyat harus mewujudkan satu biro baru dalam Pakatan iaitu Biro Pengampu dan Kipas sampai kebas...haha..Paip pecah dituduh Syabas...rumah PAM rosak dituduh SYABAS..ini ke gaya ketokohan pemimpin yang harus dikagumi!!!

HE : Bungkuslah kau Khalid..senang sket Ashmin dapat kuasa..haha!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA