networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, April 29, 2013

Ramalan #PRU13 - 54 Kerusi Parlimen & 92 Kerusi DUN Kawasan Melibatkan #FELDA Kekal Milik BN



Jika kita lihat senario politik kawasan FELDA ketika ini, pastinya anda dan warga peneroka merasa kurang selesa melihatkan serangan bertali arus pembangkang di kawasan melibatkan FELDA...tujuan utama pembangkang menyerang FELDA tidak lain tidak bukan hanyalah sandiwara mahukan undi dan kerusi di kawasan ini yang mana menjadi benteng kuat Barisan Nasional..

Berbagai-bagai serangan telah dilakukan dari sandiwara mengatakan FELDA bakal bankrap tetapi sehingga hari ini, kita lihat FELDA masih kekal seperti biasa dan semakin maju dengan penyenaraian FGVH di dalam bursa saham..

ANAK yang diupah oleh pembangkang untuk merencatkan sokongan peneroka dan warga FELDA kepada Barisan Nasional ternyata gagal..biarpun mereka cuba masuk tetapi tidak masih tidak mampu...biarpun mendapat sokongn padu media besar pembangkang seperti Malaysiakini, Harakah tetapi ianya bukan membuatkan warga FELDA bepaling tadah tetapi telah bersatu menyokong Barisan Nasional....

Jika dihitung kerusi Parlimen di kawasan FELDA ini adalah sebanyak 54 Kerusi dan 92 Kerusi untuk DUN..dahulu ada satu Barisan Nasional pernah kehilangan kerusi di Jengka yang mana majoritinya warga FELDA pada tahun 1999...ketika itu zaman reformasi yang memungkinkan ada yang terpedaya dengan anasir subversif yang di bawa Anwar Ibrahim...

Namun, kerusi tersebut telah berjaya di rampas kembali oleh Barisan Nasional pada PRU 11..sehingga waktu dikataakan tsunami politik ketika PRU 12 pun kerusi majoriti milik FELDA ini masih kekal milik BN...

Dijangkakan penolakan warga Felda kepada Pakatan Rakyat semakin kuat untuk PRU 13 memandangkan masyarakat FELDA sudah sedar akan penipuan demi penipuan yang dibawa oleh puak pembangkang...

Gelombang penolakan warga FELDA kepada pembangkang ini semakin kuat apabila Mazlan Aliman dan ANAK cuba memporak perandakan pemikiran masyarakat FELDA..hasil daripada usaha yang diiktiraf sia-sia Mazlan Aliman ini telah membuatkan masyarakat FELDA kini lebih bersatu..

Di tambah pula insiden pencerobohan lahad datu di Felda Sahabat telah mengukuhkan tali persaudaraan sesama masyarakat FELDA untuk terus bersama Barisan Nasional..Antara fitnah terbesar pembangkang terhadap FELDA adalah penyenaraian FGVH dikatakan akan membangkrapkan FELDA namun sehingga hari ini, FGVH terus memberi faedah kepada warga FELDA dengan pemberian berbagai jenis imbuhan dan bonus...

Kerusi-kerusi majoriti warga peneroka ini kebanyakannya berada di negeri Pahang, Johor dan Negeri Sembilan dan sebahagian di neger-negeri lain...Pembangkang tahu yang rakan setubuh mereka DAP tidak mampu masuk ke kawasan FELDA ini memandangkan masyarakat Melayu memang menolak sekeras-kerasnya parti rasis perkauman DAP ini..jadi dengan ini, mereka hanya menghantar calon-calon dari PAS dan PKR...

Penyertaan beberapa orang artis tidak laku dalam industri hiburan telah membuatkan warga FELDA secara sinis bersuara apakah tiada calon lain mampu menjadi pemimpin mereka..apakah bekas artis mampu memimpin atau hanya sekadar sandiwara politik...

HE : Sehingga hari ini, masyarakat FELDA amat besyukur dengan pentadbiran Barisan Nasional...pembangkang harus menerima hakikat bahawa mereka tiada tempat di FELDA...ini fakta!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA