networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, April 28, 2013

Sebab PM Tak Berani Menjanjikan 'Bulan dan Bintang'- @NajibRazak #PRU13 #UndiBN

Pernahkah kita terfikir, kenapa PM sehingga kehari ini tidak berani menjanjikan tol percuma, minyak murah, menghapuskan hutang PTPTN untuk memikat undi rakyat dari semua fahaman politik. Pasti ada sebab yg kuat dan munasabah sehingga beliau tidak berani untuk 'menanam tebu ditepi bibir'.

Jawapannya...sudah pasti kajian yg terperinci telah dilakukan oleh 'think thanker' dan juga MOF(Kementerian Kewangan). Jika PM berani membuat 'Janji Manis' tersebut...dan jika ditakdirkan BN masih memerintah...ia akan terbeban untuk menunaikan janji tersebut yg menelan belanja hampir ratusan bilion ringgit. Dengan jumlah pendapatan negara yg sediada, pasti terbeban dengan komitmen menunaikan janji.

Janji ini perlu berterusan sehingga PRU-14 dan kemungkinan tempoh 5 tahun berikutnya hanya sebok mengurus pelaksanaan janji manifesto tanpa dapat membangunkan negara dari segi infrastruktur dan pembangunan ekonomi untuk generasi akan datang.

Masakan mungkin PM memperjuangkan "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan" tak mampu buat semua ini jika tak ada sebab yang kukuh...ayuh kita sokong BN utk suburkan bumi Malaysia demi keamanan sejagat.

Tq FB Anti Pakatan Rakyat

HE : Setiap keputusan perlu difikirkan sedalam-dalamnya untuk memastikan kesan baik untuk jangka masa panjang...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Whoamie Muhd Nor said...

janji adalah janji,, tetapi usaha kearah memperjuangkan nasib rakyat itu perlu... kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.. iaitu kehendak... untuk kepentingan rakyat...
Bukannya dahulukan kehendak....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA