networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Sunday, April 21, 2013

Sokongan Masyarakat Cina #P146 Muar Tetap Bersama BN.. @RazaliIbrahim

Ini bukan satu perkara yang mengejutkan masyarakat Cina kerana sokongan masyarakat Cina di Parlimen Muar tetap bersama BN..

Puak pembangkang beranggapan bahawa masyarakat Cina akan menyokong DAP 100% tetapi perkara ini langsung tidak berlaku di negeri Johor...

Sepanjang aku berada di Muar ini, aku yakin dan pasti sokongan masyaralat CINA di Muar ni boleh mencapai gred A yang mana 95% masyarakat CINA akan menyokong BN...

Melalui dapatan sesi temubual yang aku jalankan..mereka amat berpuas hati dengan pentadbiran Barisan Nasional...mereka bukan mahu apapun dari kerajaan..cukuplah bagi mereka jika BN memberi peluang mereka berniaga...

Dan perkara ini telah dilaksanakan oleh BN..Memang tradisinya, masyarakat Cina amat mementingkan perniagaan...jadi tidak ada alasan untuk mereka meneruskan sokongan kepada BN...

Gambar di atas ini adalah beberapa keping gambar yang aku ambil semasa Program Pemimpin Bersama Rakyat di kawasan Warung Kilat Asam Pedas, Jln Junid Muar.

TPM, Tan Sri Muhyiddin sanggup turun ke Muar untuk bersama rakyat Muar..walhal TPM turut ada tanggungjawab di Pagoh untukberkempen di sana..Inilah dikatakan pemimpin tetap bersama rakyat biar apapun yang berlaku...

HE : Masyarakat Cina sokong BN memang sudah dijangka dari awal...datanglah Kit Siang sekali pun..BN tetap pilihan mereka...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

mat top said...

masyarakat Cina mengundi menggunakan fikiran dan pertimbangan berdasarkan prestasi PM DS Najib yang telah berjaya menunjukkan kecemerlangan menstabilkan ekonomi negara dgn baik maka tak ada sebab mengapa mereka tak menyokong BN...Yg penting mereka dapat menjalankan perniagaan dgn baik dn menjanjikan rezeki yg bertambah di dalam negara yg aman dan damai!...sebab itulah mereka kembali menyokong kerajaan!

margono said...

kaum Cina juga pandai menilai sesuatu kepimpinan yg baik jujur dan ikhlas spt yg ditunjukkan oleh PM DS najib sehingga mereka menggelar PM kita "Ah Jib Gor"...mudah-mudahan keadaan ini dpt membantu PM menjayakan transformasi negara ke arah negara maju menjelang 2020!

Anonymous said...

kebijaksanaan dn kerja keras PM telah berjaya memikat hati kaum Cina...faktor Ah jib Gor yg berjaya memacu kemajuan negara sepanjang 4 tahun pentadbirannya juga penyebab dia mula diterima baik rakan2 Cina!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA