networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, May 19, 2013

@AdamAdli Direman 5 Hari Atas Dakwaan Hasut Gulingkan Kerajaan



Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim telah ditahan reman selama lima hari sehingga 23 Mei ini atas dakwaan menghasut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata, perintah reman itu bagi membantu polis menyiasat Adam bersabit kenyataan yang dibuat dalam satu forum yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, 13 Mei lalu.

"Beliau telah ditangkap di Bangsar pada 03:15 pada hari Sabtu di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuat dalam forum itu," katanya.

Saksi awam melaporkan Adam telah ditangkap oleh kira-kira sepuluh anggota polis berpakaian biasa di luar sebuah kedai runcit di Bangsar dan di bawa dengan kenderaan pacuan empat roda ke pusat tahanan polis di Jinjang.

Adam pernah bertindak biadap menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di luar ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra pada tahun 2011.



Beliau yang merupakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris digantung tiga semesta bermula 9 Jan tahun lalu yang akan berakhir pada bulan September.

Sementara itu media melaporkan Sepasukan polis hari ini membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu.

Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini.

Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut.

Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.

Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu.

"Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.

1 comment:

Ryo W. Uthman said...

Slh seorang manusia yg x bersyukur...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA