networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, May 9, 2013

Azmin Ali Mahu Hapuskan Budaya Anak Beranak Dalam PKR


Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali tekad mahu menyelamatkan parti itu dari sebarang amalan nepotisme yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat.

Katanya, atas kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) di  Selangor, beliau  akan memastikan menteri besar yang akan menerajui negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya dipergunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

"Atas mandat besar yang diberikan oleh rakyat di Selangor saya mahu pastikan MB adalah seorang yang tidak boleh dicucuk hidung dan ditarik oleh mana-mana pihak yang berkepentingan," katanya kepada Sinar Harian.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dengan tegas berkata, beliau akan terus menerajui PKR untuk membangunkan kepimpinan yang bersih, tegas, dan tuntas dalam membuat keputusan.

"Saya bertekad untuk menyelamatkan PKR daripada amalan nepotisme," katanya.

Dalam pada itu Azmin yang Pengerusi PKR Selangor  menafikan khabar angin yang dimainkan pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar.

"Saya tidak akan meninggalkan perjuangan murni ini dan sesekali tidak akan mengkhianati amanah rakyat yang mahukan perubahan.

"PKR sebati dengan roh dan prinsip perjuangan saya," katanya.

Mengenai calon menteri besar yang dikatakan sewajarnya diberikan kepada pemimpin Pas, beliau berkata, kerusi menteri besar adalah milik PKR yang akan diwakili individu daripada parti itu.

"Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mendabik dada dengan kemenangan besar PR di Selangor.

"Kejayaan di Selangor ini adalah hasil muafakat PR yang utuh di pelbagai peringkat. Faktor penyumbang kemenangan besar PR di Selangor adalah adalah hasil dasar bersama PR. Ia adalah hasil kerja pimpinan dan anggota parti PR di peringkat daerah dan kampung," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

cahaya pelangi said...

ko boleh buat ape khalid dilantik jdi MB? mahu tak mahu ko terpaksa jadi lembu dicucuk hidung jugak.....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA