networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Friday, May 31, 2013

Demonstrasi Pembangkang di Singapura...Sorang Permit Ditarik..2 Pas Lawatan Dibatalkan dan 18 Lagi Sedang Dikaji...



Gara-gara terlalu taksub sangat dengan pembangkang...3 orang telah mendapat azab di Singapura dan 18 lagi sedang menunggu keputusan..padan muka..Malaysia lagi demokrasi lah kalau nak dibandingkan dengan negara luar...

Padan muka..ni semua salah Anwar...ingat Singapura ni apa...macam bapak ko punya negara?aku ucapkan padan muka kepada semua demonstran yang bodoh tu....kah3!!!

Kerajaan Malaysia tidak akan memaafkan mana-mana pihak dari negara ini yang masuk dalam urusan hal ehwal negara lain, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. 
Beliau berkata Malaysia sentiasa menghargai hubungan kukuh dengan negara lain. 
"Rakyat Malaysia di luar negara perlu menghargai aspek positif kehidupan mereka di negara tuan rumah dan melakukan kewajipan mereka untuk turut menyumbang kepada kemakmuran dan nama baik negara kita," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
Pendirian Malaysia itu dinyatakan berikutan gesaan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur minggu lepas supaya meringankan hukuman terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Singapura. 
Sebelum ini, kumpulan rakyat Malaysia itu ditahan ketika menyertai protes di Merlion Park Singapura pada 8 dan 11 Mei berhubung keputusan pilihan raya 5 Mei lalu walaupun diberi amaran oleh pihak polis untuk tidak berbuat demikian. 
Semalam, Singapura memberi amaran kepada ahli-ahli politik Malaysia supaya tidak mencampuri hal ehwal negara itu berhubung isu penahanan itu. 
Kementerian Dalam Negeri Singapura dan Kementerian Luar Malaysia dan Singapura dalam kenyataan bersama berkata tindakan mendapatkan bantuan 'pihak asing' oleh mereka yang ditahan adalah percubaan mendapatkan layanan khas untuk terus mempolitikkan isu berkaitan undang-undang dan peraturan domestik di Singapura. 
Anifah berkata rakyat Malaysia yang melakukan lawatan, bekerja atau menetap di luar negara harus menghormati undang-undang negara tuan rumah sama seperti rakyat Malaysia mengharapkan warga asing yang tinggal di Malaysia mematuhi undang-undang negara. 
Beliau berkata ia adalah hak pihak berkuasa Singapura untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang negara itu dan kerajaan Malaysia bersedia memberi bantuan konsular selaras dengan undang-undang antarabangsa yang relevan. 
Kesemua 21 penunjuk perasaan warga Malaysia itu sudah dibebaskan dan permit kerja salah seorang daripada mereka ditarik balik manakala pas lawatan dua lagi turut dibatalkan. 
Pihak berkuasa Singapura juga sedang mengkaji status pas kerja baki 18 peserta demonstrasi itu. 
Justeru itu, Anifah berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa republik itu bagi menentukan status kumpulan rakyat Malaysia itu walaupun tiada seorang pun daripada mereka telah meminta bantuan daripada pejabat suruhanjaya tinggi itu.

HE : Semua kena kencing dengan Anwar..buat demo kata blackour dan bangla...tup2..buat report polis pasal dakwat kekal jer!!kah505!!! 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA