networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, May 4, 2013

Eksploitasi Kanak-Kanak Modal Terakhir Khalid Ibrahim Sebelum Dihumban 5 Mei Ini!!!


Cukup-cukuplah Khalid oi..rakyat dah naik menyampah dengan sikap bermuka-muka dan putar belit ko tu...rakyat Selangor terutamanya yang akan mengundi di Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang lagi bertambah berbulu apabila Khalid menggunakan modal Kanak-kanak untuk meraih simpati...ni boleh dikira eksploitasikan kanak-kanak ni..sepanjang 5 tahun dah puas sentuh berpeluk sakan dengan perempuan tua..bila dah nazak baru nak cari kanak-kanak...haha


Cukuplah 5 tahun merintah! masalah air dipolitikkan atas kepentingan peribadi..yang jadi mangsanya rakyat...yang disalahkan pula UMNO Barisan Nasional SYABAS...puncanya dia sendiri yang gagalkan Langat 2 orang lain pula difitnahnya...bukan rakyat tak tahu...

Apabila aku melihat gambar kanak-kanak yang dipeluk Khalid ini..aku membayangkan apalah nasib kanak-kanak seusia dengannya jika Khalid terus memerintah..Air comfem terus bermasalah...bila ada air dicatu pulak...hurm..bila rakyat bersuara..dia sikit tak rasa bersalah....toyer jer salahkan SYABAS dan BN.

TInggal beberapa jam saje lagi untuk dia merasakan nikmat memegang kuasa...mengkhianati rakyat Selangor..lepas ni lenyaplah dia bersama kuncu-kuncunya..Rakyat Selangor wajib tahu yang air merupakan keperluan hakiki dan hak rakyat...dan bukannya barang politik...setakat air percuma RM 11 tu apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kesengsaraan rakyat...

Sudah banyak kali dia diberi masa...5 tahun bukan tempoh yang pendek...gagalkan Langat 2 atas alasan mahu menstruktur semula adalah 1 tindakan bodoh yang langsung tak nampak hasil..kalau gagalkan Langat tapi struktur semula berjaya tu ok lagi sebab kita nampak hasil usaha dia untuk mengubah kualiti air rakyat..tapi sehingga ke hari ini..semua yang dia uar-uarkan langsung tak ada kejayaan...LANGSUNG tak nampak HASIL!!!CUKUP!!!

Jika dia tak khianat rakyat dengan gagalkan langat 2 sudah pasti sekarang ni rakyat Selangor sudah boleh menikmati sumber bekalan air dari loji rawatan yang baru...tak payahlah nak mengharapkan 34 loji rawatan air sangat..sebabnya memang dah tak mampu dah..kena cari sumber air baru...

Apa yang Khalid lakukan ni ibarat satu keluarga mempunyai 10 orang anak...satu rumah tu ada 3 bilik...1 bilik mak bapak..2 bilik anak..anak merungut bilik tak muat...tapi bapaknya punyalah keras kepala boleh kata kongsi-kongsi..beli katil yang baru..padahal masalahnya bilik tak muat...si bapaknya beria nak beli tilam baru...sepatutnya sebagai langkah penyelesaian, si bapak tu perlulah repair rumah tu tambah bilik baru...tapi dia tak nak...keras kepala tak sudah-sudah kata mahu beli katil baru..walhal masalahnya bilik memang tak muat..kalau tak mampu tu tak apa..ni ada orang kaya nak bagi zakat..tapi dia berkeras!!!katalah orang kaya tu kalau beri bantuan dia nak gadai rumah merekalah..kepala si bapak ni samalah macam Khalid..degil macam abu jahal!

Bukan keluar duit kocek dia pun...tapi masih berkeras mahu ikut kepala dia...

Keangkuhan kerajaan Khalid membuatkan masalah air ni memang takkan selesai sampai kiamat...bayangkanlah dia sendiri angkuh takkan benarkan projek langat biarpun 100 tahun selagi nafsunya mahu struktur semula tak kesampaian...inilah malapetaka seorang yang angkuh dan bongkak..buat apa sahaja tak berkat..peluang, ruang dan masa untuk struktur semula dah ada..tapi gagal..kalau gagal sekali tak apa..ni 3 kali gagal...sebabnya dia bersikap sambil lewa untuk menawarkan harga bagi menstruktur semula 4 konsesi air tersebut....

Macam inikah kita mahu beri dia peluang lagi..sudah tiba masanya kita tukar kerajaan pula..kita lihat bagaimana BN mentadbir...Dia sebagai MB sepatutnya mampu selesaikan masalah air rakyat ni dengan mudah jer...bab air jer dia dah gagal!!tu belum masuk bab exco agama..apa yang dia lakukan sepanjang dia memegang kuasa?kalau setakat jadi perasmi majlis katam Al-Quran baik tak payah!

Apa yang dia lakukan untuk atasi gejala murtad dan arak?isu sampah pun bermasalah...Khidmat alam flora ditamatkan...teruk bukan!!!



HE : Batalkan Langat 2, Gagal Struktur semula 4 konsesi, beku CAPEX sudah cukup untuk rakyat bangkit tentang kezaliman!Regim Khalid harus ditumbangkan 5 Mei ini!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA