networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, May 31, 2013

Guru Baru Jadi 'Hamba Abdi' Di Sekolah..KPM Perlu Siasat!!! @MuhyiddinYassin @PKamalanathan

Klik untuk besarkan
Oleh kerana sekarang ini sedang ramai mengatakan tentang kebobrokan isu Sekolah, Guru dan Pengangguran Guru...aku ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi bahan yang aku baca di Akhbar tempatan...

Menurut kenyataan dalam tajuk Guru Interim Banyak Kerja di Luar Tugas..ianya memang benar!!!

Mengapa guru baharu sering jadi perkakas kepada pemuas nafsu serakah sekolah?
1) Ramai guru-guru yang sudah lanjut usia tetapi tidak pencen berikutan perlanjutan dasar usia pencen 60 tahun..jika difikir kembali..apa yang guru sudah separuh abad ini mampu lakukan?mampu ke angkat barang untuk menjalankan majlis tertetun?aku jamin ianya berlaku...kerana apa?kerana mereka sudah sepatutnya pencen tetapi masih lagi disimpan! ada yang bagus...tapi yang tak bagus ni buang jer!buat apa bela tukun kat sekolah.haha!
2) Kerenah guru yang sudah berkeluarga...ramai memberi alasan sudah berkeluarga untuk lari dari kerja-kerja luar tugas..atas alasan keluarga?adakah pekeliling mengatakan begitu?guru yang sudah berkeluarga memang rata-rata malas...tak percaya lu tanyalah guru-guru di sekolah... 
3) Kenyataan dalam akhbar ni aku yakin ianya berlaku...guru baru ni ibarat kakitangan yang dihamba abdikan..dengar cerita gaji guru INTERIM hanya RM 2k?betul atau tak tu aku tak tahu...guru yang telah tetap gaji mencecah RM 3K - 8K tapi pemalas...inikah dasar yang dibela kerajaan?
4) Ada yang kena bawa pelajar keluar untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar...weey...guru baru belum tetap tak dapat apa kalau mampos atas jalan...KPM kena siasat dakwaan ini... 
HE : aku berharap KPM dapat melakukan sesuatu...benda ni kalau dibiarkan rosak negara!!!Guru pemalas memang benar-benar berlaku..siasat dulu baru tahu!!!

Doktor gagal merawat melibatkan 1 nyawa..tapi guru gagal mendidik rosak 1 generasi..

fikir-fikirkan...

5 comments:

Anonymous said...

Saya sedih bila tengok guru2 interim mengadu hal macam ni. Sebenarnya sejak pertengahan tahun 90'an, saya mula menyaksikan sikap guru-guru interim atau guru2 muda ni yg suka mengadu bila mereka diberi tugas diluar skop mengajar.

Mungkin juga ini silap kurikulum ijazah atau diploma perguruan yg tidak menceritakan hakikat sebenar kerja seorang guru. Tambah lagi bila para pensyarahnya pun adalah orang2 yg tak pernah mengajar di sekolah.

Adik2 guru semua... termasuklah tuan blogger (saya wonder, adakah tuan seorang guru?),

cuba baca deskripsi tugas seorang pegawai pendidikan (ada di dalam Buku Rancangan Mengajar tu). Tugas kami adalah - menjalankan 'apa-apa' tugas seperti yang diarahkan oleh ketua jabatan @ Gurubesar/Pengetua la.

Kalau kena bawak budak ke luar daerah menghadiri aktiviti koko atau bawak budak sakit pergi hospital dengan kereta sendiri (kira duit minyak tu sedekah la), itu hanyalah perkara kecil je dik. SEMUA orang yang bergelar guru akan melaluinya. Yang adik anggap sebagai malas tu, mereka dah melaluinya dulu... malah mereka mungkin terpaksa menjalankan tugas yang jauh lebih mencabar dari adik2 yang duk bersungut tu.

Tuan blogger kata, guru berkeluarga adalah pemalas- pedih hati saya membacanya. Sampai hati tuan membuat sweeping statement macam tu.

Tuan, manusia ni kalau dah pemalas, keje apapun dia tetap pemalas. Dah kawin ke...masih bujang ke.. kalau dah licik, tetap licik juga. Takde kaitan dengan status perkahwinan.

Tuan, hampir SEMUA guru-guru cemerlang adalah guru-guru yang telah berkahwin dan beranak-pinak.

Kepada adik2 guru yang baru bertugas tu, kalau anda tak tahan buat kerja seperti memasak makanan untuk program permakanan utk budak2 miskin (kena datang sekolah sebelum pukul 7 pagi tu) atau menyediakan trek larian di padang ditengah panas terik, sila berhenti dari KPM dan pergi kerja di sekolah swasta.

Dunia pendidikan Malaysia tak perlukan guru2 seperti anda!

Amnah Ismail said...

terpanggil utk memberi komen krn hinanya guru senior seperti saya pada pandangan guru-guru muda. saya antara guru yg sudah masuk usia separuh abad. setakat hari ni saya tidak pernah menyusahkan guru-guru muda. jgn pandang kami yg tua ini msm sampah. takde maknanya tuduhan guru-guru tua dan berkeluarga ni lpskan semua kerja kpd guru muda..mungkin segelintir yg berbuat demikian, tidak adil bg kami yg sentiasa bersedia utk bekerja dianggap guru yg tidak berguna. tolong berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yg menghina...hidup baru setahun jagung, kerja sikit, banyak pulak bunyinya...

Harapan Esok said...

Teruskan melontar pandangan...ini hanya pendapat peribadi..maaflah aku bukan chegu..aku xtahu..

kalau betul ubah perangai tu..kalau tak betul abaikan jer

Cikgu Norazimah said...

Terpanggil untuk memberi komen, kepada guru yang meluahkan perasaan dlm suratkhabar tu, "Awak tu baru jer bertugas, normal ler guru baru mmg kena buat macam2, guru2 senior dah MERASANYA dulu !" walaupun sy baru 4 tahun mengajar, byk tugas di sekolah sampai cuti terpaksa dikorbankan untuk menyiapkan tugas2 sekolah, tapi dah lumrah tugas guru mmg macam tu,sebab tu guru ni POWER ! Semua benda dia boleh buat, kalau rasa tak boleh buat semua benda, better minta tukar keje kat PPD, JPN or KPM jela..tak sesuai keje kat sekolah kalau tak penyabar ni..hehehe..jgn marah yer..PEACE !

Anonymous said...

Sekarang kita dah dgr byk masalah guru diungkap. Mustahil seorg menteri boleh mengetahui secara terperinci kesemuanya. Persoalan itu hanya boleh diatasi secara jujur oleh pengetua sekolah.

Kita tau byk guru bagus tapi kita juga tau bersepah guru malas dan mengambil kesempatan.
Kita juga tau byk guru tebal perkauman bukan saja di sek cina tapi juga berlaku disek lain terutama guru cina memberi perhatian lebih ke anak cina.
Kita tau sebahagian guru melibatkan diri dlm politik..ada yg terbawak bawak ke sek. Tapi ada yg melibatkan diri selepas sek atau waktu mlm. Pasti lama kelamaan letih dan mengganggu kualiti guru.

Pengetua harus jujur dan berani ambil keputusan. Ibubapa harus memainkan peranan dgn bertanya ke anak. Sekiranya ada perkara yg mengganggu sistem belajar ibubapa harus membuat laporan segera.

Ramai yg mengambil kesempatan. Akibatnya yg jujur juga terseret. Guru bagus boleh diketahui dr maklum balas murid murid. Bagus bermakna mengajarnya bagus murid memahami dan tidak perkauman.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA