networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, May 2, 2013

Guru Dilarang Melibatkan Diri Dalam Politik!! Utamakan Silibus Tu... #PRU13

Guru-guru seluruh negara diminta tidak membabitkan diri dalam politik demi menjaga nama baik profesion berkenaan. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, warga pendidik tidak seharusnya berkecimpung dalam arena politik kerana perbuatan sedemikian jelas melanggar etika perguruan.

 "Selaku kakitangan awam, mereka terikat dengan segala peraturan yang digariskan kementerian. Justeru, mereka perlu akur dengan ketetapan tersebut tanpa sebarang kompromi. "Nasihat ini penting bagi mengingatkan mereka supaya menghormati ikrar yang pernah dilafazkan semasa mula-mula menceburi bidang perguruan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Prapelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-42 di Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, di sini,.

 Ketika diminta mengulas isu murid sekolah digunakan pihak tertentu bagi tujuan berkempen, Abdul Ghafar berkata, setakat ini pihaknya belum pernah menerima sebarang aduan berkaitan perkara terbabit. Dalam perkembangan lain, menyentuh tentang Anugerah Ikon Guru yang baru diperkenalkan buat pertama kali pada tahun ini, beliau berkata, ia diwujudkan untuk menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap masyarakat dalam pelbagai bidang.

 "Berbeza dengan Anugerah Tokoh Guru dikhususkan kepada warga pendidik yang sudah bersara, anugerah ini pula diberikan kepada mereka yang masih dalam tempoh berkhidmat," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Anonymous said...

76% guru-guru memihak kepada PR,sebab mereka nampak Umno hanya layak dihuni oleh golongan pencacai dan ketogeri manusia "Bangang" sahaja.Ini bukan zaman batu la..nak gertak-gertak,macai umno boleh la lu orang gertak,sebab nilai mereka sama dengan benda yang dikeluarkan oleh perut ikut belakang tu!!

Anonymous said...

Ramai jek guru sokong pr...siap wat ceramah dpn umh lg

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA