networkedblogs

Bersahabat..

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Anwar Perlu 5 Minit Jer Untuk Menipu...

Tuesday, May 28, 2013

Guru Pelatih Di IPT & IPG Tiada Jaminan Diserap..Kenyataan "Pening" Idris Jusoh


Wah..bukan main lagi Timbalan Menteri yang baru ni keluarkan kenyataan yang menyekat hak guru pelatih untuk diserapkan ke sekolah atas alasan mencari pelatih berkualiti..sekali baca memang nampak bagus tapi kalau diselam dalam-dalam berkenaan isu dan rentetan pengangguran guru yang telah menamatkan pengajian nescaya korang akan nampak jawapannya...

Sebelum aku menulis aku nak kongsi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pak Menteri yang baru ni...
Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). 
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah. 
"Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia. 
"Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini, Isnin. 
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain. 
"Di Finland misalnya hanya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi," katanya. 
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana. 
Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing. - BERNAMA

Oleh kerana ianya hanya retorik dan cadangan aku berharap Pak Menteri yang baru ni jangan cuba merumitkan keadaan sedia ada...buat pengetahuan semua pembaca...aku dapat tahu perkara ini daripada seorang guru yang sedang berkhidmat di negeri Terengganu di daerah BESUT...

Menurut graduan guru itu, sistem pendidikan negara sekarang ini memang bermasalah kerana ramai guru sudah menganggur sejak Januari tahun 2012...apakah menteri-menteri ini buta?

Mengaku sahajalah yang tiada kekosongan untuk mengatasi masalah pengangguran guru ni...tulah dulu gatal sangat ambil pelatih tak ikut unjuran...lepas tu p ubah dasar usia pencen kepada 60 tahun..sekarang bila dah ramai menganggur..nak tapis pulak...

Sebelum guru-guru pelatih ni melanjutkan pengajian di institusi Pendidikan IPG, IPT..mereka telah ditapis yang dinamakan MEDSI..aku tak tahu maksudnya..sebab guru yang mengadu akan hal ini hanya cakap MEDSI jer...

Bila dah lulus barulah diambil sebagai pelatih di IPG mahupun IPT..bila mereka berjaya melanjutkan pengajian diperingkat Sarjana Muda...mereka ini perlu menghabiskan pengajian lewat 1 tahun (2 semester) berbanding jurusan Ijazah yang bukan pendidikan...

Perlu diingat!!!ujian MEDSI adalah untuk melihat karakter...selepas LULUS MEDSI, mereka ini akan terlibat dengan 1 lagi ujian iaitu TEMUDUGA...selepas lulus kedua-dua saringan ini barulah mereka boleh melanjutkan pengajian di bidang pendidikan..itu pun bergantung kepada UNJURAN yang ditetapkan oleh KPM...

Bila berjaya mereka akan melanjutkan pengajian..INGAT!!!mereka ini akan lebih semester berbanding jurusan bukan pendidikan!!!

Selepas menamatkan pengajian..mereka ini perlu menunggu temuduga!!!Temuduga pun diikut daripada keputusan peperiksaan PNGK atas 2.75..dalam tapisan temuduga ini, penuntut lepasan IPG perlu menganggur kira-kira 1 tahun...sebelum dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajar..bila dah lulus SPP..perlu menganggur lagi untuk tunggu keputusan KPM untuk penempatan...

Sekarang ini pun sedang berlaku..bagi melengah-lengahkan prosedur...KPM bagilah segelintir golongan ini untuk menjadi pendidik..itupun dengan gelaran GURU INTERIM atau Guru Sandaran Terlatih...itu pun SEGELINTIR...

Bila tiada kekosongan..macam-macamlah alasan hendak dicipta...Buat pengetahuan semua, pelatih GURU ini tidak layak untuk bekerja disektor selain penidikan..kerana Ijazah mereka tertera Ijazah Sarjana Muda Pendidikan...kecuali pengajian lulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan...

HE : Sebelum nak cakap pasal kualiti..selesaikan dulu masalah pengangguran guru tu...ramai lagi guru berkualiti yang sedang menganggur...

20 comments:

Anonymous said...

hujah yg bernas.sy mintak izin untuk print dan bagi kepada rakan kuliah

Malaysian said...

Kalau nak buat tapisan seharusnya ketika pemilihan pelatih, bukan setelah mrk lulus ijazah perguruan. Ijazah perguruan, nak jadi apa lagi, takkan nak jadi doktor kot. Buat naya je.

Anonymous said...

Memanglah yang mengambil jurusan pendidikan tempoh pengajiannya lebih lama....bila posting nanti tanggagaji guru bermula di T4 bukannya di T1. Kalau pemegang ijazah lain ingin menjadi guru, mereka kena ambil diploma pendidikan yang akan mengambil masa lebih kurang setahun. Rasanya ucapan menteri tu lebih kepada reverse psychology...agar pelajar mengambil serius pembelajaran mereka. My two-cents...

Anonymous said...

Pandai belajo kekdg x pandai mengajor...so ms praktikal leh nmpk kesungguhan dan minat. So kalo minat apa masalah perform aje ms praktikal so ok ma...drpd byk guru yg mcm hampeh pemalas sbb x minat mengajot tp no pilihan lain. Bagus utk motivation la...amik positif site la...

hanizam said...

salam bro...

pendapat aku, ada pro & kontranya ape yang menteri ni cakap...

tengok je sekarang ni kat sekolah, macam-macam benda terjadi...belum lagi guru berpolitik dalam sekolah..pentadbiran 2 kepala, guru sesama guru pun ada tak ngam...berniaga dalam sekolah pun ada..

ada guru terutama lepasan KPLI (mungkin sebahagian kot) jadikan kerjaya guru pilihan terakhir..

sebab tu bila keluar, dorang besar kepala, tak berapa respect guru lepasa maktab..lebih-lebih lagi guru lama yang ada sijil je...bila ada program, semua lepaskan pada guru lama, depa tau bercakap je...buatnya tidak...kipas je kuat..cer tanya guru lama, mesti ada cerita pasal budak KPLI...

bagi aku takda ape yang pelik pun...politik sekolahlah buat murid jadi mundur...

kena pulak guru tu macam adam adli...lagilah hancur...

kalau ada yang terasa, mintak maaflah..tapi itulah realiti bila guru KPLI masuk sekolah..mereka rasa bila keluar, dapat gred bagus, dorang jadi besar kepala...

kerja malas...sebabnya, itulah kerjaya pilihan terakhir sebab tak mau jadi penganggur terhormat...

Anonymous said...

idris jusoh ni kan pemimpin umngok... memang le kenyataan yg dia buat tak guna akal coz mana ada pemimpin umngok yg ada akal...
kalau ada pun si anjib..tu pun dah nak berkarat coz banyak minum air cipap kak mah...

Anonymous said...

Red bean1.47 lancau...lu myk minum lu punya cipap bini lu..chinadoll cipap..pemimpin lu memang byk akal..akal pembohong..akal nak menang tapi dah kalah..akal byk sampai gila meroyan...melalak melolong menjerit kat jln raya mcm anjing gila....

Apa lu malah malah...lu sudah kalah....

Ini perbincangan memaju negara laman blog pro kerajaan..bukan mcm lu punya blog semua fitnah..pemimpin salah biadap masih kata malaikat. Lancau lu...berambus lu

Anonymous said...

Salam bro,
Memang kita perlukan guru berkualiti

Anonymous said...

Peluang dah diberi

Anonymous said...

Salam... sebagai seorng ibu sy mmg sokong dgn tindakan Datuk Seri Idris Jusoh utk memilih colon yg berkelayakn utk mengajar ank2 sy...dengan zaman yg serba moden dan maju sekarang ni pendidikn sangat penting utk menjamin masa depan yg cermerlang...bkn main tangkap muat je...pilihan utk mnjadi guru adelah pilihan terakhir...pas 2 bila dah jadi guru mula la beniaga avon la baju la tudung la...smpai x segan silu lg jual kat ibu murid...ni ke guru yg kita nk utk mengajar ank kita...sedih dan kesal sangat dgn guru yg x bekualiti mcm ni...guru2 mcm ni ke yg kita nk utk mendidik ank kita...fikir2 la...jgn main sdp je nk ckp...lau tuan penulis dh ade ank x kn la tuan penulis nk ank tuan penulis diajr dgn guru2 yg x berkualiti...

Anonymous said...

Beruntumg kita dapat Menteri yang berfikiran bijak..... Kita perlukan pendidik yg berkualiti..... Yang tidak berkualiti boleh jadi agen jualan langsung Dan mengajar pelanggan menggunakan product mereka.... Masih boleh mengajar.... Kita patut bersyukur kerana mempunyai seorang menteri yang berani menyatakan keperluan sebenar dari bakal pendidik ..... Tak perlu kita melatah & menunjukkqn sikap apa baik dari menteri tu salah.... Cukup lah

Anonymous said...

Blh je klu nk laksanakan sume ni, tp kami yg dh ditengah jalan ni xkn nk kne tukar jgk? kami da xde peluang nk kejar pointer..sy wajarkan klu nk laksanakan yg baru mesti bermuladgn batch yg baru..xkn org yg da lari smpai penamat baru nk diubah strategi, ptutnya yg belum lari la di ubah strategi..lentur buluh pn dr rebung, kami ni da tumbuh 5 6 kaki bru nk lentur..

Anonymous said...

yang tak berkualiti boleh mintak kerja dengan kedai/bengkel motor.
susah ada menteri2 yg bengap & tidak berwawasan.

Anonymous said...

maaf,setahu saya tangga gaji guru keluaran ipgm ialah T1,bukannya T4.

Raden Adiputra said...

Assalamualikum..sebenarnya apa yg dikatakan oleh Idris Jusoh nie hanyalah sebagai peringatan saja..perkara ini sudah termaktub dalam kontak semasa pelatih menandatangani perjanjian semasa masuk ke IPG. cuma ramai yang tak sedar akan perkara ini sbb tak ramai yang baca kontrak. lambakan guru bukan masalah baru kerana bahagian IPG di kementerian pada suatu ketika dulu pernah buat kesilapan dan satu penggal kesilapan memakan masa selama lebih dari 8 tahun sehingga kini utk diperbaiki. pengambilan pelatih tanpa unjuran..sikap kementerian pelajaran(pada ketika dahulu) yang tidak mahu melepaskan segmen pengurusan varsiti mereka untuk diuruskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi di bawah mantan menteri Dato Khaled Nordin merupakan salah satu sebab mengapa perkara ini masih belum selesai. setelah pihak kementerian pelajaran nmpk resipi kejayaan KPT sehingga indeks kecekapan melebihi 90% maka mereka mula sedar dan menggabungkan KPT dan KPM sebagai kementerian Pendidikan sbg cara utk membantu menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku. Kita cuma boleh berdoa agar apa yang sedang berlaku ini dapat diselesaikan.

Anonymous said...

cuba berusaha yg lain.jd guru tuisyen ke.yg mak bapak ada kebun gi usahakan kebun dengan cara yg lebih moden.penternakan moden dan yg moden-moden belaka. if yg duduk di bandar kena cuba teroka peluang yg ada walau nampak sukar kena tempuh dan laksana.rezeki ada dimana-mana.kena hadap cabaran berdasar keadaan yg lebih kompetetif skrg ni.dulu lain.habis ipg,kpli, trus posting,buat personal loan, kahwin, loan rumah, bleh pakai wish, renovate rumah dsbg. keadaan skrg dh berubah.sekadar bercerita melalui pengalaman. alhamdulilah tlh sukses.cheers....

Anonymous said...

Ni bakal guru jugak ke? Atau dah jadi seorg guru. Seorg guru wajib menjaga kata2. Dasyat sungguh mulut manusia sekarang. Cakap mcm tak guna akal. Nauzubillahiminzalik!!!

Anonymous said...

Ni cikgu ke bakal cikgu. Kenapa seorang guru boleh bercakap seperti ini. Ya Allah, jauhilah manusia mcm ini dari mengajar anak2ku nanti. Nauzubillahiminzalik!!!!

Anonymous said...

ish..ish..ish...
x perlu bergaduh sesama sendiri.
siapa yg berada dlm keadaan kami sekarang iaitu guru pelatih IPG yg tiada jaminan posting akan faham dgn keadaan ni.bagaimana kami guru2 pelatih yang telah ditapis dari segi kecemerlangan dan sahsiah akan dibiar terkontang-kanting jaminan kerja.bygkn 5 taun stgh kami berhempas-pulas belajar, x cukup dgn 2 kami 7 bulan kami berpraktikum, mengajar,menabur bakti kepada anak2 murid. x cukup lg ke apa yg kami buat utk kami buktikan yg kami bakal guru yg profesional,yg mampu melahirkn anak didik yg cmrlg.jgn krn seorg 2 guru meniaga,semua pihak harus menuding jari bhw semua guru x berkualiti.dan diakui,guru KPLI kurg berkualiti tp bkn semua begitu.ade je guru KPLI yg cmrlg.cma kesalhn 2 bkn pd guru KPLI tersebut ttp kpd pihak kementerian. knp prlu diambil KPLI jka guru pelatih yg telah diambil melambak2 sehingga menimbulkan masalah penempatan.sngnya pihak kementerian cubalah cari inisiatif lain menyelesaikan masalah kami bknnya dgn mengeluarkan statement begitu kpd kami. caknalah nasib kami, ijazah yg kami pulun 5 taun stgh tu hanya layak sbg guru.

Anonymous said...

Tak kena kat diri sendiri boleh lah nak ber'sembang'

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA