networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, May 1, 2013

Malaysian Spring..Sebuah Skrip Rahsia


Dalam menyusuri hari-hari akhir berkempen, aku imbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang dari tahun 2008 sehinggalah hari ini. Bagaimana sebuah negara Malaysia yang dahulunya aman damai, bertukar sedikit demi sedikit menjadi negara yang hampir musnah dengan tercetusnya beberapa siri demonstrasi bangang dinamakan Bersih. Artikel ini berasaskan dari pengalaman, pemantauan dan pembacaan yang teliti baik dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. 

Sejarah - 13 Mei adalah titik hitam negara Malaysia. Rusuhan kaum diantara kaum Cina dengan Melayu telah mengorbankan banyak nyawa kedua-dua kaum. Ini mungkin terjadi sekali lagi..

Pembangkang sejak dari tahun 2008 telah menunjukkan taring mereka sedikit demi sedikit. Macam-macam isu mereka korek, mereka fitnah, mereka war-warkan dengan niat menabur persepsi buruk pada rakyat terhadap Kerajaan. Antara banyak isu yang terjadi, antara yang aku nampak adalah demo Bersih. Cuba kira lapangkan fikiran..dan cuba fahamkan apa yang aku ulaskan disini..

PUTRAJAYA AT ALL COST!

Itu adalah kenyataan Anwar pada penyokong-penyokong beliau yang terdiri dari DAP & PAS. Niat Anwar ini diibaratkan sebagai 'bulan jatuh ke riba' pada DAP yang sejak dari azali lagi amat memusuhi Melayu & Kerajaan. Apa sahaja pembangunan, kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan pasti akan ada sahaja yang tidak kena. Manakala PAS pula kenyataan ini mendatangkan imaginasi melampau pada penyokongnya dimana mereka membayangkan idola mereka iaitu Nik Aziz & Hadi Awang duduk di kerusi empuk Putrajaya. 'At All Cost' membawa maksud, Anwar harus dapat Putrajaya tak kira apa cara sekalipun. Ini termasuk dengan menjadikan Malaysia kecoh seperti Arab Spring & Thailand. Ini yang merisaukan aku sebenarnya..risau kerana Melayu sekali lagi digunakan sebagai ejen perusuh dalam demo-demo Bersih.

Satu skrip panjang pengambil-alihan negara Malaysia telah dirangka oleh dua pihak diantara Anwar & DAP. Di dalam skrip itu telah tersusun dengan rapinya perancangan sekiranya pembangkang tewas dalam PRU13 ini iaitu 'Malaysian Spring'. Bumi Malaysia akan berubah dimana akan terjadi rusuhan kaum, kerosakan harta-benda yang maksimum yang akan berlanjutan sehingga beberapa bulan lamanya. Kita dapat melihat beberapa negara telah pun terjadi insiden Spring ini dan sehingga ke hari ini, negara-negara tersebut masih belum pulih sepenuhnya.

Berbalik pada skrip tadi, pembahagian tugas adalah seperti berikut. PKR - Mengepalai beberapa kumpulan dengan tugas menimbulkan kekecohan bersiri. DAP - membantu dari segi kewangan demonstrasi-demonstrasi. PAS - jentera demonstrasi radikal. Kita tahu yang mereka telah melatih beberapa kumpulan bagi menimbulkan insiden-insiden sepanjang demonstrasi seperti 'lakonan mati' dan sebagainya. Sedar atau tidak, Bersih itu adalah latihan praktikal kepada Malaysian Spring yang mungkin akan berlaku sejurus selepas keputusan PRU13 nanti. 

Bersih 1.0 - menguji sistem keselamatan negara dengan menghimpun rakyat tanpa permit dan cuba menimbulkan kekecohan tapi tidak berapa menjadi. Pesalah-pesalah Bersih hanya dikenakan denda sahaja. Mereka memprotes mengapa tahanan-tahanan ini dilayan begitu teruk sepanjang penahanan mereka. Kita telah mengambil pendekatan untuk bertahan dalam Bersih 1.0.

Bersih 2.0 - sekali lagi mereka menguji sistem keselamatan negara dengan tetap melakukan himpunan haram, rusuhan, vandalisma harta-benda awam malah kali ini mereka memukul anggota keselamatan sehingga koma. Tahanan Bersih 2.0 telah dilayan seperti 'banduan kaya'. Mana ada OKT dapat makan nasi tomato dalam tahanan? Gila punya hospitality..kita masih lagi boleh berlembut dengan mereka ni..

Bersih 3.0 - kali ini mereka diberi permit dan kali ini aman sedikit dimana tiada anggota polis dicederakan.

Realitinya mereka telah menguji sistem keselamatan dalam negara ini dari pelbagai sudut. Jika mereka pukul polis, ini akibatnya..jika mereka berhimpun tanpa permit, ini akibatnya..jika mereka itu ini, ini akibatnya. Golongan mana yang paling menyerlah dalam demo Bersih kalau bukan Melayu dalam PAS. Sanggup mengheret anak bini dalam himpunan yang disangkakan aman. Kononnya jihad tapi realitinya mereka dipergunakan! Akibat taksub pada amanat pemimpin mereka, maka mereka sanggup berjihad menentang saudara seISLAM..

DAP tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama ketika 13 Mei, jika dahulu mereka berdepan dengan Melayu, kini mereka mempergunakan rakan sekutu mereka PAS untuk menjadi perisai rusuhan Malaysian Spring. Manakala PKR hanya mengikut sahaja asalkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Siapa yang bakal untung jika terjadi Malaysian Spring ini? 

MELAYU PAS + PKR vs MELAYU BN = DAP YANG UNTUNG!

Tanya diri sendiri..sanggupkah PAS membunuh saudara seAgama anda nanti? sanggupkah PAS memenggal leher Melayu BN seperti di Tak Bhai demi Putrajaya? sanggupkah PAS melihat anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami, hanya dek kerana mahu mendapatkan Putrajaya? sanggup PAS menjawap kami membunuh kerana mahukan Putrajaya di padang mahsyar nanti? 

Jika sanggup, fikirkan ini pula..sanggupkah kamu mati kerana Putrajaya? sanggupkah kamu melihat anak-anak kecil kamu membesar tanpa ayah? sanggupkah kamu menolak tangan saudara seISLAM hanya dek kerana memuaskan dendam seorang manusia bernama Anwar? 

Musuh kita adalah kafir harbi, musuh kita adalah mereka yang menolak agama ISLAM, musuh sebenar kita adalah DAP. 

Aku harapkan ini semua tidak terjadi. Andai ini terjadi, maka aku mendoakan keselamatan buat semua yang mempertahankan negara ini demi agama, bangsa & negara..amin 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.















No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA